Monday, 20 May 2013

Sawan Tarik #alyff

Jumaat 17 May 2013
Haritu tergerak nak balik cepat. Hari Jumaat memang office hour habis pukul 4.45pm, so pukul 5pm je aku terus keluar dari office.
Ambil Airyll kat taska then terus ke rumah in law untuk ambil Alyff dan Aryssa.
Masa ambil Alyff demam sikit. Memang ayah dah cakap dia demam since tengahari lagi. Dan dah makan ubat. Then memang dia tak nap langsung. Aku macam terkejut aa... tak penat ke budak ni tak nap siang padahal malam before tu dia tidur lambat (lepas pukul 12am)
 
On the way balik rumah, dia tertidur dalam kereta. Sampai rumah aku angkat dia masuk bilik dia terjaga. Dia sambung tengok TV.
 
Then dalam pukul 8 lebih dia tertidur semula. Dalam pukul 10 dia terjaga. Aku cakap nak bersihkan badan dia (mandikan), tukar diaper, tukar baju, tapi dia menjerit-jerit taknak. Dia baring kat hall tengok tv. So aku macam biarkan dulu la and nak tidurkan Aryssa dulu baru aku nak settlekan Alyff pulak.
 
Masa tengah nak tidurkan Aryssa, Afiz jerit-jerit panggil dari hall. Jerit nama aku. Aku macam apekehal ni. Dia cakap Alyff ni, kenapa Alyff ni.
 
Aku terus bangun tinggalkan Aryssa yang dah mula start menangis. Aku tengok Afiz dah angkat Alyff. Masa tu dia...
- Kaki & tangan kejang
- Mulut berbuih
- Mata ke atas
- Tak bernafas
 
Afiz terus angkat masuk ke toilet nak siram air sambil jerit jerit nama Alyff.
 
Aku dah macam tak boleh nak berfikir. Ya Allah, ape yang berlaku ni??? Aku dah nak hilang anak ke? Kau dah nak ambil anak aku ke Ya Allah. T________________T
 
Takut gile aku macam nak meraung. Afiz cakap cepat start kereta. Tapi aku terus pergi porch jerit nama jiran sebelah kanan rumah. Terus dia keluar aku cakap tolong anak aku kejang. Dia datang dan aku tengok ramai orang dah berkumpul kat depan rumah aku. Effect aku jerit meraung kot dengar sampai luar.
 
Masa tu Afiz cakap ambil ais. Dia terus ke depan bawak Alyff ke hos paip depan pulak. Dan siram Alyff. Masa tu aku tengok Alyff dah sedar.
 
Jiran sebelah terus start kereta dan bawak Afiz dan Alyff ke hospital. Nasib baik Colombia Asia Cheras dekat je dengan rumah.
 
Aku masuk dalam rumah ambil Aryssa dan Airyll tumpang kereta jiran satu lagi untuk ke hospital. Keadaan aku memang ah dah mcam perempuan gila. Dengan rambut serabai. Dengan pakai baju ntah pape terus ke emergency hall.
 
Alyff dah masuk kat emergency dah nurse tengah sponging dengan air. Dia dah sedar. Alhamdulillah Ya Allah. Dia jerit nak mama peluk. Aku peluk dia kuat. Takutnye. Ape yang berlaku tadi. TRAUMA betul aku. Rase macam batu hempap atas kepala.
 
Ni masa ambil darah kat Colombia Asia. Dia kuat. Tak nangis bila nurse nak ambil darah.
 
 
 
Then sebab insurance personal Alyff tak accept kat Colombia Asia Cheras sebab hospital ni hospital baru then CIMB punye insurance dia mintak GL dan aku tak tau camne nak mintak GL tengah malam buta, aku mintak transfer hospital lepas dia dah stabil.
 
Memule fikir nak ke Pantai Cheras or KPJ Kajang, tapi sebab Alyff dah 2x pernah ke emergency HUKM (sebab demam jugak) so kitorang fikir bawak je la pi HUKM dulu. Lagipun HUKM memang ade pakar pun kat emergency tu. If by then macam tak puas hati, aku bawak terus ke Pantai lah.
 
Keluar dari Colombia Asia, kitorang balik rumah jap then Alyff cakap nak makan Mc Donald. Pergi drive tru beli set burger dan milo. Banyak dia makan fries dan minum milo sampai habis. Sampai emergency HUKM aku cakapla dia baru kena sawan tarik, terus masuk ke emergency hall dan 2 orang doctor terus cek dia. Ambil darah dan sponging lagi badan dia dengan air. Alyff stay semalaman kat dalam bilik dalam emergency room tu dalam pukul 4 pagi pakar kanak kanak datang dan cek dia thoroughly. Banyak la soal jawab yang kitorang kena jawab dengan doctor.
 
 
 
 
 
Doctor cakap lepas ni if Alyff demam kena extra care. Dia pernah kena sawan so mungkin dia akan kena lagi jika demam. If rase je dia demam, cepat cepat bagi makan ubat dan mandikan dia bagi badan dia sejuk dan suhu turun. Selalu ambil temperature dia untuk keep track suhu.
 
If kena sawan lagi, doc cakap
- kena iringkan badan
-jangan masukkan ape2 dalam mulut
-basahkan badan dengan air
 
Takut takut takut. Alhamdulillah Ya Allah aku syukur kepadamu. Takut betul benda ni jadik dan betul betul insafkan aku.
 
Now Sunday dia dah sihat macam biasa. Actually semalam 18/5/2013 adelah birthday dia yang ke3. Tapi sebab dia baru sihat so memang tak de bawak keluar dari rumah lah. Duduk je berkurung dalam rumah weekend ni sebab nak bagi dia betul betul rehat dan sihat.
 
Sempat in law datang dan belikan kek comel. Happy 3rd Birthday Alyff anak mama. Jangan la jadik macam tu lagi masa akan datang. Mama takut sangat sangat tengok Alyff jadik macam tu. T______________T
 
 
Aku dapat info ni dari sini if anak kena sawan tarik:
Apa anda perlu buat kalau anak kena Sawan Tarik di rumah?
1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar .. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

Tuesday, 30 April 2013

majlis pertunangan

masa adik bungsu aku break the news cakap ade orang nak masuk meminang dia, abah macam quite reluctant.
dia macam eh, nape cepat sangat.
eh adik kan kecik lagi.
 
kecik lagiiii??? dah 25 tahun kot. kitorang adik beradik yang lain cakap, biar je la abah. buat ape abah nak tahan-tahan. abah cakap, "abah rase dia macam kecik lagi. rase berat hati nak lepaskan"
ler abah ni. dahla dia duduk dengan abah, lepas kahwin pun duduk kat Batu Pahat, keje pun kat Batu Pahat. Ade je kat depan mata abah. Lagipun dah tiba masa. kang jadik anak dara tua kang. banyak je doktor jadik anak dara tua. tak kawin tak sampai jodoh. ni kire okeyla ade orang nak kat dia. sama kerja macam dia. satu hospital. paham waktu kerja dia yang macam gila je aku tengok sampai 31jam kat hospital bila on call. hehe.
 
so last month dengan masa agak suntuknya adik aku buat persiapan. Aku memang kat KL dengan kerja yang berlambak tak dapat nak tolong apelah. Tolong bagi idea je pun. Nasib ade adik ipar aku yang duduk sekali dengan abah tolong cik kak ni buat persiapan. Jadiklah hari bersejarah pada 30 March 2013.
 
First time aku tengok muka dia kena make up. Dia pun cakap ni lah first time dia make up. Jadik lain sangat. Berubah betul. Cantik kan.
Pelamin, baju & make up guna mak andam. Hantaran je cik kak ni rajin buat sendiri. Menjadi pulak tu.
Upacara sarung cincin oleh bakal mak mertua. :)
 Dapat bakal suami anak tunggal macam laki aku jugak. Hehe. Tersama la pulak.
 
So majlis akan berlangsung tengah bulan September. Dahla cuti aku kene freeze kan. Mungkin dapat balik 2 hari awal untuk tolong sikit sikit je. Hopefully semua berjalan lancar nanti. Sekali lagi aku jadik mak pengantin salam kaut dengan tetamu. Hehe.
 
p/s food masa majlis tunang. Sedap gila aku makan 2 round. Nasi beriani dengan gearbox kambing.
 

Thursday, 18 April 2013

belajar

Alhamdulillah syukur pada Allah, Airyll jenis yang suka belajar.
Semangat nak buat latihan kat buku latihan.
 
English. Math, Bahasa Melayu, Jawi.
 
Aku tengok dia semangat, aku pun rajin gak aa belikan buku. Mostly from MPH sebab they sell quality books.
 
Tapikan dia punyer semangat rajin ni selalunya adelah terlebih.
Buku ade 30 ms. Jam dah pukul 11 malam. Dia boleh cakap
"Mama, malam ni kite habiskan tau buku ni. Abang nak buat semua. sampai habis"
 
or time reading,
dah habis satu buku, nak sambung lagi buku-buku yang lain.
 
Huarghhh aku dahla dah start menguap.
So mengadapla dia jugak every page nak guide satu satu arahan. Kadang sambil aku mop rumah, lipat kain, tengok tv.
Sampailah dia cakap,
"OKlah mama, kite sambung esok"
masa dia cakap ayat tu, aku macam wahhhhhhhhhhhhhh leganya boleh aku tidur. Hehe.
 
But syukur jugakla. Dari dia malas kan, baik dia rajin.
Now pun dah boleh membaca and I am so proud of him.
 
Keep good work & attitude Abang!!
 
p/s Alyff is totally different.
Aku: "Alyff jom kite baca buku"
Alyff: (alasan yang paling kerap adelah:)
"Alyff nak tengok TV lah!"
"Eh Alyff penatlah. Alyff nak tidur lah"
"Alyff tengah main ni....nak habiskan main dulu"
 
T___T
takpela dia kecik lagi.












Thursday, 11 April 2013

alyff hazz

lama tak tulis kat blog.
aku kan ade sifat yang bile otw balik keje tu semangat gila cakap kat diri sendiri yang nanti lepas mandi, bagi bebudak makan, kemas umah, mop umah, basuh baju etc, before tidur aku nak update blog.
sekali.... haram.
mesti aku dah penat pastu tertidur skali masa nak tidurkan bebudak.
 
harini balik lambat sebab ade deployment.
 
nak cerita pasal Alyff. Next month umur dia dah nak masuk 3 tahun. dia ni perangai ade lain macam sikitlah.
kalau ikutkan dia memang lain aa dari adik beradik dia yg lain.
beranak ikut tingkap (csec)
paling berat (3.7kg)
muka pun lain (takde iras airyll/aryssa)
paling cepat cakap - umur 10 bulan dah pandai cakap several words
 
now perangai pun aduhai.
nak kata buas ke lasak ke terjal ke tak taulah.
ade je benda yang dia nak buat.
pukul abang la. cubit abang la.
pastu dia kan dulu hisap pacifier. lepas dah tak hisap lagi tu, kadang-kadang dia ade gian jugak nak hisap something. pastu mesti dia pi kat Aryssa hisap tangan or kaki aryssa.
pastu suke tumpahkan air.
main tisu kuarkan byk2 dari kotak.
tabur bedak satu rumah.
tarik ekor kucing tarik dari dapur sampai ke hall.
main sabun.
main air.
makan nasi confirm tumpah.
makan ape benda sekalipun even gula gula mesti dia tak habis and letak kat lantai sampai melekit.
panjat almari.
suke tukar temperature fridge jadik max. (bayangkan sampai kat fridge bawak pun plain water bleh berais. sayur2 aku pun berais T__T)
pecahkan gelas.
ketuk2 skrin tv.
hempap papa masa papa tengah baring macam dalam gusti tu.
ketuk kepala papa masa papa tgh tgk tv.
sepahkan mainan.
campak-campak barang.
bile kite suruh kemas, bukan main liatttt lagi.
 
dan macam macam lagi la yang kadang boleh membuatkan aku & Afiz mendidih.
 
pastu aku buatla jugak langkah berjaga-jaga supaya dia tak bolehla buat certain mende cth:
benda2 yg dia selalu buat tumpah ni -> aku suapkan makan & minum dalam sippy cup (kat dapur je)
barang barang contoh macam bedak, sabun, etc letak tinggi tinggi
mainan pun aku catu letak sikit je kat hall, yang lain masuk kotak
fridge dah kosong dah no jajan ke vitagen ke ice cream ke so nak avoid dia asyik bukak fridge
 
sian gak kat Alyff kadang-kadang aku selalu marah dia.
pernah aku letak dia kat luar pintu pastu aku tutup sebab pukul 1pagi aku dah nak tidur dia pi amek Ribena yang pati tu, tumpah kan satu botol kat ruang tamu
grrrr
 
tapi bila tengok dia tidur, rase sayu hati pulak.
sebab if dia buat salah dia akan cakap "Sorry mama. Adik tak buat lagi. adik janji" dengan muka innocent.
nak marah pun kadang rase sejuk hati.
tapi bile dia buat lagi tu kadang sedap je tangan aku nak mensepukkk.
 
Pastu dia pun macam agak lambat sikit la dalam belajar. aku patutnye tak perlu lah nak comparekan ngn Airyll.
Tapi macam risau gak.
Dulu Airyll 3 tahun dah kenal ABC-Z & 1-10. Dan pandai tulis gak.
 
ni Alyff pandaila nyanyi ABC - Z and sebut 1-10. tapi haram dia tak kenal.
AlFatehah pun pandai baca sebab aku selalu baca ulang-ulang dalam kereta masa balik umah lepas ambil diorang. so dia pun ikut hafal.
 
tapi bile mind aku start compare dia ngan Airyll, hati aku cakap - isk takpela dia kecik lagi baru 3 tahun, lagipun budak lain lain. maybe bukan masa ni kot dia nak mengenal lagi. Bagi dia puas main.
 
Ade orang cakap, anak no 2 memang ade lain macam sikit perangai. lasak terlebih.
kene bersabar je la ngan karenah dia.bile dah besar sikit, kurang lah.
 
p/s dah debab sikit sekarang sebab kuat minum susu. :)