Tuesday, 5 February 2013

Bulan ke 5

Aku ada 15 minit untuk menaip kat blog before aku doze off ke lalaland.

Sekarang ni 12.30am aku wajib kene tidur. Paksa jugak diri untuk tidur. Cukup tidur so tak mengantuk kat office. Pejam celik dah masuk bulan ke 5 aku kat office baru. Rutin lebih kurang sama sebab still working lebih kurang 9-5 tapi yang best nya aku dah tak payah la nak hazab menempuh jem ke Bukit Damansara.
Suka aa pergi balik keje naik train takde tempuh jam, aku tak stress dan balik umah takdela nak marah marah anak.

Work related adelah super duper busy. Sekarang kena handle 3 systems, yang salah satunya dah start testing phase. Dahla aku baru kan, system besar gila, mana nak test, mana nak catch up front end dengan backend, nak belajar itu ini, kire waktu kerja aku memang utilize betul betul untuk kerja lah. Efisyen gila aku skang dah takde masa nak surf sana sini or baca blog. Haha. History IE cuma dengan bank punye system je. Datang kerja duduk terus mengadap laptop. Tup tap dah pukul 12. Aku kat sini manade geng nak lunch pun. Kadang pi lunch ngan bestfriend aku keje kat Citibank Capsquare. Kadang aku makan sensorang. Bagus gak takde geng nak makan ni, so takde rase nak makan sangat dan straight pergi gym. Kalau aku rase ade nak beli barang ke, aku merayap la kat Jalan TAR. But skang macam takde nafsu sangat nak shopping pun.

But as at now memang suka aa buat kerja ni. Keliling punya banyak yang so supportive dan willing to share the knowledge. Cuma skang ni masa nak jadi span serap semua ilmu yang ade. End of next month adelah presentation untuk confirmation. Cuak gak. Dahla aku jenis cuak nak presentation & public speaking ni. Rasa macam ade rama-rama dalam perut.

Harap ade rezeki secure la keje kat sini. Kalau takde rezeki kene carik keje lain le kot :p

Abih office hour around 5.45 tapi selalunya terlajak sampai pukul 6++. Tapi camane pun aku make sure by 6.30 aku dah chow sebab naik train 20 min + 15 min nak tiba rumah inlaw amek bebudak. Before 8 dah boleh sampai rumah. Kerja kerja jugak. Kerja memang sampai bila pun tak habis. So sambung je la esok. 

Okla 12.30 dah. Airyll & Alyff belum tidur ni aku rase sakit hati sangat. Geram sangat hati aku. Pastu terjerit-jerit main la bergaduh sampai nangis la. Apsal la susah sangat diorang ni nak tidur. Kenapalah orang lain boleh establishkan waktu tidur anak pukul 9.30malam pastu aku ni fail gila pasal waktu tidur diorang ni. Diorang ni aku kene baring sekali dalam bilik diorang untuk tidurkan semua sekali. Pastu confirmlah aku akan tertidur sekali. Pastu kalau aku tertidur satu benda aku takleh buat. 
Nak basuh baju
Nak kemas umah
Nak mop lantai
Nak cuci pinggan
Nak update blog

Pastu terpaksalah aku biarkan diorang berlegar. Looser siut. Apsal la aku takde/tak boleh didik waktu tidur diorang ni.

NASIB BAIK Airyll jenis senang nak bangun pagi even dia tidur lambat pun.Aku tak dapat bayangkan Alyff nanti macam mane.

Arggghhh Alyff bukak diapers dia dan pee atas lantai. Padahal aku baru je lepas mop lantai dan lantai baru kering.

T__________________________________T

7 comments:

HaNa NyoTa uHArA said...

Rutin harian ibu bekerjaya.... Seronok dgr kau dh happy...

Anasfadilah said...

tapi za,hang tak loser langsung dari mata kepala ku ini,masak makan anak-anak,siap ajar airyll and alyff dulu before bed..pergh kagumm.ziyyad tu hah senang tido,tapi keje rumah sekolah kelaut...miahahahah! XD

fifi said...

hi,
nk tanya, u hari tu ada beli mini blender utk shake kan, so how was it.. bagus tk

Puan Salmi said...

Salam. Saya dah pindah blog baru. Sudi2 lah follow di fizumie.blogspot.com pula yer.. Love : MamaaaliffAdam

Diyanazman said...

azza... aku pun bz giler! tapi ko mmg hebat sebab anak ko 3... aku pun terjerit2 suruh miki tidor tapi dia takkan tidor selagi makpak dia tak tidor sama... semoga Allah beri kesabaran kat kita. hehehe

Koleksi Teratai said...

bila kak aza nk update blog ni.. huhu..

Koleksi Teratai said...

bila kak aza nk update blog ni.. huhu..