Thursday, 10 January 2013

Family Vacation - December 2012

Adik beradik aku ada 5 orang. Setiap tahun kitorang memang ada family vacation pergi bercuti cuti (setakat ni cuti cuti Malaysia) untuk rest dan merapatkan lagi ikatan adik beradik. hehe.

Adik no 3 aku yang terkenal dengan berkira dan kedekut hehe telah dilantik menjadi bendahari. Bagus orang berkira ni jadik bendahari sebab dia akan strict dalam hal kewangan sampai seposen pun kire. So setiap bulan dia akan jadi ceti untuk kutip duit vacation dari adik beradik. Jadiknya, bila tiba saat percutian tu hotel, makan, duit minyak semua settle dia yang uruskan. Kiranya dia pemegang duit untuk tabung family la. 

Tahun lepas kitorang bercuti ke Kelantan & Terengganu. Dua tahun lepas dan tahun sebelumnya ke Cameron Highland. So tahun ni ke Penang dan Cameron Highland semula. 

29th Dec Sabtu kitorg bertolak ke Penang pagi pagi. Sempat singgah Tapah for lunch then straight to Penang.
Malam tu kitorang ke Padang Kota.
Penang food buat aku naik 2 kilo. Gilalah. Tapi rugi kalau tak makan. Semua sedap. 
 Then ke night market Batu Ferrenggi. Saja jalan cuci mata. Benda ni je yang Afiz beli. Seronok bebudak ni.
At the hotel.
Hari Ahad esoknya checkout, jalan jalan Penang town layan nasi kandar & cencol.
Then naik feri dan bertolak pulak ke Cameron Highland. 
Sampai CH dekat Maghrib. Mandi mandi dan terus bersiap nak layan stimboat. Syok. Tapi tulah. Hujan je. Tak dapat nak jalan jalan kt night market.
Esoknya ke Kea Farm untuk beli sayur2, Uncle SAM farm untuk beli pokok2 & Bharat Tea untuk lepak minum dan beli tea.
Masa lunch kitorang makan kat sini. Sedaplah. Kedai ni kat Tanah Rata dekat dekat dengan Maybank tak silap.
So this year 2013 plan adalah ke Kota Kinabalu. 
2014 semua pergi Cairo dan Umrah. Ni abah belanja. Dia dah janji. Hehe.

6 comments:

HaNa NyoTa uHArA said...

makanan kat penang....fuhhhhh aku macam nak terbang terus ke sana

Fazillah Abdul Ghani said...

best nyer bercuti rmi2 satu family...

Almiraz said...

Azza,

Bestnya your family buat mcm ni...bagusla idea ni...gambar food kt Penang tu...nyam nyam...buat i lapar......best and seronok nampak!

Ayuni Ayatillah said...

Uih seronoknya bercuti ke utara. I pun pegi Penang last december, masa krismas. Best la plak Penang noo..tapi I tak sempat makan nasi kandar beratur, makan kat Teluk Bahang je..heheh..

Harus cari masa ke CH pulak..hmmm...suka tgk sayur n buah2an segar2!

yunayuni
Mommy Confessionals
http://yunayuni.blogspot.co,

eray said...

penang tak sampai lagi, setakat lalu2 adelah. 2013 penang lah. naik pening tgk makanan kat penang, trus rasa lapar..

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html

mama ila said...

wah..bestnyer..sakan jenjalan..dari penang ker CH....hihi..seronoknye =D