Friday, 23 November 2012

Bandung Trip November 2012

Sebenarnya trip ke Bandung ni memang trip yang aku tunggu tunggu. Sebab ini adalah company vacation (bukan dengan bank sekarang, tapi dengan IRIS). Pakej dah beli masa aku belum resign lagi, so since dah ada nama aku dalam list name rombongan, maka aku ikutla. Hehe.
Best sebab pergi trip dengan kawan-kawan. Lepas sebulan setengah resign dan start kat company baru, bile dapat jumpe balik dengan familiar faces from IRIS, aku happy gila babi la. Dari rase stress terus rase tak stress. Rase gembira, tenang dan macam macam la. Cant describe by words la. Yang nyatanya, memang seronok bila jumpa balik. Rase menyesal resign, tapi nak buat macam mane, kene ade duit lebih untuk hidup lagi selesa.
Kitorang bertolak dari KLIA naik Garuda Airlines hari Khamis 15/11/2012. First time naik Garuda. Tapi aku rase sama je macam MAS. Okla dari AirAsia. Hehe. Cuma flight ke ke Jakarta. First time aku sampai Jakarta. Dari Jakarta naik bas terus ke Bandung.
Actually ni 2nd time aku pi Bandung. Last year dah pergi dengan family sebab Abah belanja. Tahun ni pergi lagi. Yey. Aku memang suka Bandung ni. Next year ade rezeki nak pergi lagi.
So kebanyakkan tempat yang kitorang pergi, semua aku dah pergi la last year. Shopping pun shopping jugak. Tapi aku rase kali ni punye shopping takdela macam last year punye shopping. Last year lagi banyak aku borong. Ni banyak tempat jugak yang aku looking forward nak pergi tapi tak dapat pergi macam Jalan Dago, Cihampelas Walk, Grande, Blossom, Lavi. Yerla ikut rombongan 40 orang. What to expect kan.

Stay kat Benua Hotel. I dont know about the price, yang penting not recommended la. Aku rase murah sangat kot. Ntahla, aku rase leh dapat hotel yang lagi bagus yang affordable. Ni macam kureng.
Food macam biasa la dengan makanan minangla, sundala, indon la. Hari ke 3 rase dah kembang je tekak aku tengok makanan-makanan tu. If stay lagi lama, confirm aku lagi sanggup makan maggi kari hari hari.
Dapat jugak layan jus alpukat. So cheap avocado kat sana jual berlambak2 kat pasar. Sekilo RM1.50. kalau kat mesia, sebijik tu dah RM6. Nanti one day aku nak try buat sendiri jus alpukat ni.
Pergi jugak ke Tangkuban Perahu. Dah tak sejuk macam last year. Panas je. Maybe sebab wap gunung berapi tu kot.
Ni adelah 3 tempat yang betul-betul aku berbelanja. 
Pasar Baru beli kain2 cotton, tudung, dan baju2 baby newborn (aku bakal dapat anak sedara bulan March 2013) murah murah. 
Toko 3. Beli Levis for me and Hard Rock Tshirts for kids, Afiz & my siblings.
Rumah Mode. Ni paling aku suka. Branded dengan harga murah. Beli baju Aryssa, Alyff Airyll, Tshirt & kemeja Afiz, seluar aku etc. Aku habis sejuta lebih rupiah kat sini dengan 15 helai pakaian. Murah.
3 hari kat sana memang miss gila la dengan anak2. Lagi lagi Aryssa, first time dia tidur tanpa aku. Afiz la sacrifice jaga semua anak-anak masa aku takde. Memang Mr Mama. Kire boleh aa lepas ni aku nak pi join company trip lagi keh keh. Tapi aku upahla dengan beli rokok kat free duty airport tu. Murah gile rokok kat situ, separuh harga dari kat luar. Huhu.

Ni je gambar semua ahli rombongan. Kecik je nampak. Next year diorang plan ke Beijing. Aku sanggup nak ikutt woii..

Beg kitorg balik dari Bandung.
Balik hari Ahad pagi dari Jakarta naik Garuda jugak.


Overall trip okla. Malas nak komplen banyak banyak. Yang penting aku happy dengan kawan-kawan. Memang looking forward nak pergi Bandung lagi. Sampai aku cakap ngan Afiz, nak tak kite pergi Bandung berdua flight pagi-pagi then balik last flight hari yang sama. Pergi semata mata untuk shopping je. Best kan?

4 comments:

Fitri Senin said...

azza ur last suggestion to balik hari je g bandung untuk shopping sangat best!!!!!

salzahari said...

ehhehee...ye..best gi dgn kwn2 wpun miss the kids kan?!! ehhee..hari pertama miss la..hari ke2 ke3 aku rasa ko dah mpk pasar baru je ;)

Anita, Mummy Adzryl said...

aku nak ikot kalo gi bandung day-trip. hehe. tp i'm going there next year masa labor day! woottt! :D

Oyis said...

comel je dia serve tempe dlm flight food tu. oh tempe! now dah teringin plak huhu