Monday, 10 September 2012

Keadaan sekarang

Keadaan sekarang

Sekarang ni memang hidup agak serabut terutamanya bila nak keluar dengan the kids. Semalam memang kemuncak. Kemuncak buat aku rase, thats it la anak-anak, lepas ni mama takdela nak ajak korang berjalan lagi. Hatta pergi Tesco sekali pun.

Airyll
- Nak jalan laju-laju depan sekali macam orang besar. macam tahu je jalan. pastu kat tangan pegang ipod touch. kalau orang rentap dia? or rentap ipod macam mane?
- Tak boleh nampak toilet sign. mesti cakap nak terkencing. kalau suruh tahan, dia cakap dah nak terkeluar sgt dah ni, dah terkeluar sikit etc, padahal nak masuk toilet nak cuci tangan, main sabun & hand dryer tu.

Alyff
- Taknak berjalan. Asyik nak berdukung je. Kadang-kadang nak duduk dlm stroller. Tapi mostly nak berdukung.
- Dah ade perangai baru. Kalau nak sesuatu. Nak jugak. Kalau tak dapat meraung macam kene pukul. Tarik tarik pun taknak jalan. Berdiri tegak meraung sampai semua orang tengok. Pujuk tak jalan. Ugut pun tak jalan. In the end kene jugak bagi ape yang dia nak.

Aryssa
- Taknak duduk dalam stroller. Nak berdukung je.
- Dalam kereta tak boleh duduk diam. Duduk dalam car seat menangis. Bila pegang tak reti duduk diam. Badan meliuk sana sini.
- Ratu menangis.

Semalam pergi Tesco je pun. Nak masuk Ikea terus tak jadik. Sampai badan penat gila. Sampai nak bergaduh laki bini pun ade.

Dahla anak-anak. Mama surrender. Duduk je la rumah. Main je la kat rumah. No more shopping complex after this sampailah korang faham bahasa.

p/s tak sabar nak Nov2012. I need rest. Really.

5 comments:

salzahari said...

whoo..takutnya bila ko cerita mcm ni..tp tahan ke ko? isk..iskk... comel bdk ber3...Aryssa dah pandai tgk kamera!!

ummi said...

been there. letih perasaan lagi teruk dari letih badan. now that they are 11, 8 and 4.. tinggal hak yang 4yo tu la... jenuh nak melayan ligat dia. Kakak dgn Abg dah okay.

Puteri Satu said...

penat akak baca... hik hik... tpi akak yang berdua tu pun lelah klu outing shoping kompleks... memang dua-dua dah boleh berjalan dan berlari... tapi tak tertangkap ler... dengan si kakak yang selalu mintak macam2... haish... budak2 kan.. gitu ler...

nordee said...

saya faham...ye saya sangat faham...itulah yang mak-mak rasa bila bawa anak kecik bejalan..serik..tapi bila lama tak bejalan cam boring pulak maka perkara sama berulang..haihh..dan memang ye ..kadang2 macam nak gaduh laki bini jugak ..sebab semua tensi

Lin said...

azza, alyssa tu ratu nangis psl masa peknen kt dia dulu ko rajin baca novel kot..ehehehehe.. :D