Thursday, 16 August 2012

Klinik Pakar Kanak Kanak AnNur Bangi - #airyll Part 2

Susulan dari entry lepas pasal tonsil airyll, aku tweet untuk tanya clinic paed mane yang terdekat dengan kami area Cheras, Kajang, Bangi, Putrajaya or Cyberjaya. Ramai kawan-kawan yang reply and aku shorlistedkan 3:-

i) KPJ Kajang - Dr Asmunni
ii) Annur Bangi - Dr Arbaeiyah or Dr Khairul
iii) Azzahra Bangi - Dr Nazim

Called KPJ Kajang, the reception cakap hari Sabtu hanya untuk returned patient je. So dia schedulekan aku hari Isnin. Susahla aku kerja & Airyll pergi sekolah. Then called Annur Bangi dia cakap walk in je start pukul 9pagi hari Sabtu. No appointment.

Plan nak terpacak kat depan klinik pukul 9 pagi, tapi macam biasa, bangun lambat lepas tu nak siapkan 3 orang budak end up terpacak kat situ pukul 11.30 pagi. Hehe. Punyerla ramai orang dah macam open day taska. Pergi kat reception untuk daftar dia just tanye nak doc perempuan or doc lelaki, aku cakapla nak yang paling cepat. So doc lelaki. ade 13 orang tgh tunggu turn before Airyll. Then bawak budak2 ni pergi makan dulu then datang balik.

Us in the clinic.
Pukul 1.30pm sampai Airyll punyer turn. Jumpe dengan Dr Khairul
Aku terangkankan ape masalah Airyll ni. Makan asyik muntah, batuk batuk, pastu tonsil besar macam tu sampai tutup saluran makan, kadang xnak makan etc.

Dia check tonsil tengok memang besar tapi takde infection. Sebab takde infection dia tak advice untuk buang dulu. Kalau ade infection sampai effect telinga dan Airyll rase sakit and perit sampai taknak makan langsung, then demam selalu, then leh consider untuk buang.

Dia terangkan Airyll muntah lepas makan sebab reflux. Dah macam prone to gastric sebab dia jarang nak makan and batuk batuk tu pun boleh sebab dia muntah. so Dr Khairul prescribe beberapa ubat untuk Airyll.

Semua ubat ni kene makan dalam masa 2 minggu. Ade satu tu pil aku kene tumbuk hancurkan campur dengan ubat yang lain. 
Alhamdulillah lepas dalam 5 hari, bile aku suluh tekak Airyll, tonsil tu mengecut sikit. Dah nampak saluran takdela tertutup terus macam before. Dia pun dah tak muntah dan tak batuk-batuk lagi. Selera makan dah ok dan cakap tekak dia tak sakit lagi.

Alhamdulillah syukur Ya Allah. Ubat yang Doc Khairul prescribe tu berkesan. Lepas banyak clinic biasa aku pergi (bukan pakar) tak baik baik pun tekak dia tu.

Lepas 2 minggu kene return visit dengan Doc Khairul untuk check condition dia.

Total bill hari tu = RM197.00.

6 comments:

♥ Elin ♥ said...

harap cepat sembuh....

Lin said...

syukur dh sembuh..o, ko gi annur ke?hehe..anak aku aritu dr arbaeiyah yg cek.suka doc tu, mcm mak² org. caring sgt :D

Psyche said...

alhamdulillah. boleh raya!!

Lana pun kalau lama sakit tak baik2 (lepas gi klinik biasa) kite bawak gi an-nur. ubat dia cam sesuai lah dengan lana. Cepat baik.

Mamamarina said...

mase dok bangi dulu mmg kt anur aje bawak anak2. paed die bagus. dr Ar mmg recommended. Dr Khairul pon ok jugak. 2-2 ok.

- mamamarina -

semut-terbersin said...

yezzaaa...mmg kita kene pi specialist laa..slalu kat klinik derang akan try an error..cuba ubat ini cuba ubat itu..aku ni dah sebulan ulang alik klinik sbb batuk tak baik2..sampai kene semput..last2 mintak refer specialist, pergi kemarin, so far alhmadulillah kurang batuk n tak semput dah..bronchitis rupanya! tulaa kalu ikut klinik dia kate aku athma! cisss!

AyuArjuna BiGoshh said...

moga cepat sembuh...:) selamat hari raya azza