Tuesday, 10 April 2012

Krista Sport Day

Date: Saturday 07 April 2012
Krista BTHO Sport & Family Day
Bangun pagi macam biasa pukul 6.45pagi sebab teacher cakap mula pukul 7.30pagi. Excited siut aku sebab 1st time pergi sport day anak. Alyff pun bangun pagi siap mandi. Papa pun kene bangun pagi. Haha.Bila sampai ramai yang dah tiba. Aku manelah pernah jumpa/tengok kawan-kawan dia ni first time sebab pagi-pagi hantar pergi school aku drop je pastu chow sebab nak antar Aryssa & Alyff lak kat rumah mil. Kalau aku lama2 kang mau Aryssa melalak buat karaoke dalam kereta. Nanti pagi-pagi sure mood spoil. Aku ingatkan anak aku paling semangat, rupenyer ade lagi budak lain yang lagi semangat badannya. Hehe.

Papa & Alyff beratur nak amek breakfast nasi lemak + kuih2.Airyll umur 4 tahun semua pakai topi warna purple. Then beratur ikut warna rumah. Airyll dalam rumah hijau. Bagus betul teacher boleh ajar budak-budak beratur lurus macam ni kan. Tinggi betul kesabaran cikgu. Kalau aku budak tak faham bahasa adoiii macam nak panggggg (mustahil aku jadik cikgu tadika :p)Marching, nyanyi lagu Negaraku & Lagu sekolah Krista.Airyll masuk acara masuk bola dalam bakul, bawa bola ping pong guna sudu dan masukkan sweet dalam baju. semua acara team Airyll kalah. KekekekeMama, Alyff & Aryssa. Duduk tempat teduh je. Dahla ade acara untuk parents. Kalau takde budak berdua ni sure aku dah join. Tapi, camne, takde sape nak take care masa weekend, maka angkut semua.Patutnye sukan habis pukul 12.30pm siap dengan acara penyampaian hadiah. Tapi kene balik awal sebab:-
- Airyll nak pee, pastu takde toilet
- Aryssa belum mandi lagi then macam gelisah
- Hari dah panas. Aku dah rase berlengas.
- Alyff dah comot gile
- Papa mengantuk :pMaka Airyll tak dapatla piala ker hadiah ker (harap teacher simpankan). Tunggu la sport day tahun depan semua acara parent kang aku join. :p

2 comments:

yatie chomeyl said...

alyff pun xmandi lg gak kek tu azza? monyokje muka kat dalam gmbr korang ber3 tu hihihih

Oyis said...

smart jgk uniform dia. bagus tadika ni, buat event pagi2 so dia sediakan makan. x la pitam budak2 or mak pak budak berjemur terik2 kan..