Wednesday, 21 March 2012

yang kedua

Alyff Hazz.
1 tahun 10 bulan. Lagi 2 bulan nak 2 tahun. Harap papa ade bajet nak buat besday party utk Alyff. :p

Mulut dah becok macam orang tua.
Cakap tak pelat macam budak umur dah 3-4 tahun.
The best is dia makan sayur macam mama (papa & Airyll tak makan sayur, apelah!) & makan pasta macam anak mat saleh. cheewah. tapi sebenarnyer dia adelah non picky eater tolak batu dengan kayu je, lain semua bedal.
Diapers size M. tu pun macam besar. Kadang-kadang gune size S share ngan Aryssa. Punggung kecil dan comel macam mama haha *pitam*
Tak suke tengok TV, maka tak boleh duduk diam dalam rumah. Jalan sane sini sibuk ade je benda dia nak buat.
Hisap puting lagi, tapi asyik koyakkan puting je. Gigit-gigit sampai koyak. Pastu demand.
"Mama, puting dah koyak, pergi beli baru kat kedai" amboiii kalau hari-hari koyak, mau bankrup mama beli puting dia je. So, hisapla puting yang koyak tu sampai berenti hisap puting nanti.
Suka kacau Aryssa. Sibuk betul. Nak jaga la, nak dukung la, nak pakaikan baju la, nak letakkan minyak kat perut la. Sampai aku rase rimas. Huhu. Caught red handed - dia try nak offer his breast masa Aryssa nangis. Haha kelakar gile siap angkat baju dia. A few time la nanti aku nak try curik amek gambar.
Tidur dengan kunci kereta aku. Sebab takut aku pergi jalan tinggalkan dia. T_T
Kalau naik kereta, mesti duduk tengah antara driver & co pilot. Pastu becoknye mulut sampai kadang kene suruh diam.
"mama.. kite nak pergi mana ni?"
"kite nak pergi KL ke?"
"KL ker Ampang?"
"papa.. lalu la SMART"
"ehhh.. itu car honda la. sama macam car mama"
"ehh car toyota macam car atok abah la"
"jom pergi IKEA laaaa"


Ni pic malam tadi. Konon konon dia jadik waiter.
"Mama..., mama nak minum ape? ooo teh o ais ye" then tulis kat kertas tu. :p

Alyff..Alyff.. so cheeky, so comel mama. geram betul. tapi kesian kecik-kecik lagi dah ade adik. so kene la mengalah sikit.

17 comments:

salzahari said...

anak no.2 dan 3 selalunya cheeky kan?? hmhhh..x perlah Azza ada adik pun..dia kan abaannggg (mcm iklan Digi tu)

Sufia Mahzan said...

Budak2 suka berlakon jadi waiter. yg sweetnya, ntah apa yg ditulisnya :)

AyuArjuna BiGoshh said...

comeyyyy betul si alyff ni :)

Farah said...

hahaha aku pon geram nengok..tapi tak picky makan sayur dan bende2 lain aku rase ciri2 budak pernah bf lama..sebab afif mcm tu jugak haha.

Siti Fatimah said...

Bijaknyer Alyff :)

salwana nordin @ che'wa said...

ha'a la so cheeky dia!

muka manis plak tu..buatkn saya tringin nk anak laki sorang lg kkkeee..

pejam celik pejam celik besar dan matang dia bila dah ada adik ni :)

yatie chomeyl said...

comel..mmg nmpk mcm budak besar..xmcm budak nk masuk umur 2thn

minn said...

he's sooo adorable :) cair hati tgk..

Almiraz said...

heh ingat lagi haritu jumpa dia mood tgh tak baik...asyik2 cakap "apa niiii"....dia tak suka org tengok dia ek?...nevertheless, budak2...mmg comel!

Jiey^Mien said...

sumpah, comel sangat!!

Jiey^Mien said...

sumpah, comel sangat!!

eray said...

comelnye yang kedua nie, mcm mama die :)

PutriesNoora said...

memang suka tgk alyff...comel sangat2=D

Elyn Sani said...

alyff ikut muko ko ek beb!!

isabelle said...

bab tido dgn kunci keta tu sgt sweet. hehehe

Mazura said...

comel betul anak2 ko zah. rugi aritu sume tido. airyl pulak jual mahal :)

shakeymirza said...

rasa comel sgt bila dia sanggup tido ngan kunci kete mama...bijak n kiut!