Thursday, 29 March 2012

selepas 3 minggu

Dah 3 minggu Airyll sekolah. Setakat ni:-
Bangun pagi tak susah sangat. Kejut pukul 6.45am, da siap siap bukak water heater, dia terus masuk dan mandi. Aku just tolong gosokkan gigi je. Then bersiap.

Masa mula-mula nak sekolah dulu kitorang (Afiz + aku) janji kalau hari hari dia pergi sekolah kitorang akan belikan ipad. Sampai sekarang dia ingat dan tanye. Dialog hari hari :-

Aku : Airyll, cepat bangun, papa cakap kalau Airyll pergi school hari-hari, papa nak belikan ipad.
Airyll: Bila papa nak belikan ipad?
Aku: Dah..papa dah order kat cina kedai, cina tu cakap dia tgh buat ipad. kalau dah siap dia call.
Airyll: Mama, cuba call cina yang buat ipad tu, ipad Airyll dia dah siap buat ke blum?
Aku: Dah call. Dia cakap tengah buat. Dah siap dia call suruh datang amek.

T____T
tipu siut. manade ipad sampai kene buat. pergi je Apple store, bayar dan bawak balik.Keh keh.

Afiz macam tak nak beli the real ipad, just beli Galaxy tab or whatever yang cap ayam ke sebab macam taknak la ikut je cakap anak, nak ape, terus belikan.
Tapi Airyll adelah smart ok. Dia boleh tau the real Ipad. He wants the real Ipad. Sampai dia specific - Airyll nak ipad macam uncle jali punye tau.
Sebab masa aku dalam pantang kat rumah abah, both Galaxy Tab & Ipad in house dan dia lagi suke Ipad dan dia betul-betul nak Ipad.
Tapi kalau aku pun, aku nak Ipad bukan Galaxy. Lagi puas. Haha.

So hari hari aku fikir - is it a right decision to buy him an Ipad?
Nanti tak berebut ke? Nanti dia mengadap benda tu je ke?

The new Ipad RM1199. Untuk bagi kepada budak umur 3 tahun. Untuk main game. Dahla dia kemaruk nak main The SIM & Dinner Dash tu. Dan possibility untuk jatuh/terhentak adelah tinggi.
Beli ker tak beli ker beli ker tak beli ker tak beli??

Ker beli IPOD?

Tapi dah janji. T______T

Beli kot.

Anyways, berbalik pasal dia sekolah.
Aku hantar awal pukul 7.10am sebab nak hantar lagi 2 orang kat umah in law. Kejar kejar masa sebab office masuk pukul 8am. Tapi memang tak pernah la sampai on the dot 8am mesti terlajak. Airyll balik sekolah atuk dia amek lepas Asar so takdela aku terkejar-kejar nak amek dia balik sekolah.

Until now, tak banyak la perubahan aku nampak lepas dah sekolah. lagipun baru 3 minggu kan.
Setakat pandai nyanyi lagu ABC sampai Z kuat kuat.
Dah taknak makan junk food lagi.
Then selalu cakap TERIMA KASIH. (Terima Kasih papa antar Airyll pergi school hari ni) pergghh ayat.
Bila kite tanye:
Airyll belajar ape kat sekolah - takde belajar
Airyll makan ape kat sekolah - takde makan
Airyll minum ape kat sekolah - takde minum

yerla tu sangat kan. bukan boleh caye pun ape dia cakap.

Ni buku sekolah Krista worth RM300 (huhu). Nanti aku nak tengok abeh tak buat ni semua kat sekolah.Every Friday ade homework 3 muka surat. Setakat ni rajinla buat homework. Jumaat malam tu dah siapkan terus.Mewarna memang tak betul lagi la.

Ni last week aku ambil dia dari sekolah sebab nak tanyer Teacher perkembangan Airyll.
Dah pandai order sendiri 2 menu.
"Roti canai dengan air teh o ais" or
"Nasi goreng taknak sayur taknak pedas dengan teh o ais"
Makan memilih. Cerewet betul.

6 comments:

PutriesNoora said...

hehehe..anak buah noora umur 4tahun,kalau g kedai dia siap order,teh tarik 1,tarik panjang-panjang!hehehe

salzahari said...

hehhe..cute. mmg mula2 tanya,depa mesti kata x makan dan x bljr apa2 :O

hebat betoi janji anak iPad...aku x pernah janji apa2. huhuu! kedekutkah aku? tp x pa, ko leh guna jgk kot (:P tapi aku rasa hak mutlak dia dah)

entahla..ada masa2 mmg dia buat liat jgk,tp sjak masuk 5 thn ni dah ok-selalunya budak ni sbb kalau dah jumpa kwn dan cikgu ngam-ho,dia dgn sdirinya rasa pi school tu syok.

anak aku lak suka color n drawings (ikut laku aku laa-org art)..apa2 nak start dgn color/ drawing dulu then baru mood dia mai nak tulis/ eja!

anyway, nampak Aryl matured..Big brother dah!!

Oyis said...

bagus la airyll dah senang bgn. i ingat lg dulu u risau2 takut dia susah nak sekolah pg, Alhamdulillah, x jd isu kan.

mak aiii.. mahal jgk buku2 sekolah tadika ni ye. balik msia, siap la i... rabak poket nak sekolah kan anak. sini x kuar apa2 utk buku huhu T_T

Psyche said...

Best pulak tgk si Airyll ni dah sekolah.

KambingBujang said...

janji beli Ipad,,waaaa,untung airyll

Huda kt umh mmg ada Ipad, Ipod touch, hanphone samsung, nintendo wii. semua gadget tue ada apps tuk amirul and widad bside wii la

if ipad tue beli specially tuk airyll rasenyer tak elok kot. if beli tuk makpak, then airyll tumpang sekaki tue ok.

huda kasik amirul widad main games kt gadget time bler kiterog(huda+hubby) bz wat keje umh or weekend jer. weekend bleh main all gadget sampai lebam and muntah. time lain if nak guna gadget kena blaja kiterog ckp. byk good educational apps sesuai tuk dorang

berebut btween amirul widad, mmg dah biasa. dat y ada 4 gadgets, so tak berebut adik beradik and makpak skali.. huhuh

all those gadget ni ada bgus and tak bagusnya. kita as parent la control penggunaannya

:D

zailamohamad said...

kalau my son kat Genius Aulad pula
buku2 cikgu simpan di sekolah & memang diorang tak pernah bg homework bawa balik rumah kecuali on school holidays then baru kena buat homework

tapi bila dah habis kelas cikgu2 akan bg all the books yang diorang providekan & bila selak2 tu, adalah few yang tak sempat habis buat sebab my son absent