Friday, 24 February 2012

Anak anak - Airyll, Alyff, Aryssa

Today marks 44days - me as mom of 3. Susah bagi aku walaupun dah 44 hari. Aman masa diorg semua tidur je. Macam sekarang, tepat pukul 12 malam. Aku boleh update blog ni.

Kesian anak-anak. Susahnye aku nak bahagikan masa untuk diorang. Kadang rasa macam tak adil. Terutamanya Alyff. Dia kecil lagi. Belum umur 2 tahun pun. Baru 1 tahun 9 bulan. Tapi, banyak yang dia kene sacrifice sebab dah jadik abang semuda tu.
Kene tidur sendiri. Dah takde bedtime story dah skang. Takde sapu vicks for kids kat dada & tapak kaki & pakai socks b4 tidur. Takde mama gosok2 belakang b4 tidur. Tau2 je dia dah tidur sendiri peluk kaki aku. Asalkan dapat sentuh mana2 bahagian badan aku b4 dia tidur pun kire dah ok. :(
Sedih kan. Sian dia. Aku dengan nak enjut buai Aryssa, or dukung tepuk2 Aryssa if dia nangis, tak sempat nak buat semua tu if dia nak tidur.
Then, kene makan sendiri. Kalau sempat aku suapla. Kalau x sempat, makan la sendiri, even banyak yang terabur atas lantai dari yang masuk mulut.
Mandi je aku dapat mandikan dia. Gosokkan gigi dia sebab pagi ade masa luang sikit sebab ade makcik tlg jagakan Aryssa. Pastu dia main la sendiri. Or ikut abah / adik2 aku keluar.
Kesian Alyff, tak sempat nak buat toddler activities dengan mama.
Dia pun dah banyak cakap. Senang kata, Alyff memang dah pandai cakap. Macam orang besar. Tapi, bila macam tu, banyak la dia punya alasan kalau aku cakap TAK BOLEH or JANGAN. Nak jugak buat. Nak jugak. Tak faham bahasa lagi kenapa aku cakap tak boleh. Pastu melawan cakap. Pastu dia tepuk pulak aku tanda marah. Aku kalau time tu tengah stress sebab Aryssa nangis, time tu jugak la laju je tangan aku pukul dia, jentik telinga dia, cubit kaki dia. Sampai dia nangis.
Pastu bila dia tidur, aku tengok dia, aku sayu. Menyesal pukul dia. Dia x sampai 2 tahun lagi aku dah pukul2 macam tu.
Sedihnya. Nape life aku macam ni.

Airyll bulan 7 ni masuk 4 tahun. Airyll hati lembut sikit. Selalu bila aku nak start marah dia, dia akan cakap "Airyll sayang mama". Banyak kali. Macam mane aku nak marah. Kadang dia dengar cakap, kadang dia x dengar cakap. Kirenya dia ni half paham bahasa, half lagi tak faham bahasa.
Kadang tidur lambat, bangun pun lambat. Kadang even tidur awal pun, dia bangun lambat. Dahla nak start sekolah. Sekolah nak kene dtg kol 8 tapi dia bangun pukul 12 tghari ape hal. Nak aturkan tidur dia lg ni. Nasib baik dah potty cume bile nak buang air besar je dia nak buang dalam pampers. Pastu nak kene basuhkan lagi.
Mandi kene aku mandikan lagi. Gigi pun aku kene gosokkan. Kalau x sure main air & gosok gigi tak bersih.
Kesian Airyll. Dah lama jugak x buat toddler activities dengan dia. Aku mengadap baby ni kadang2 sampai aku pun stress marah-marah anak. Aku pun takde masa untuk diri aku sendiri, ape tah lagi masa dengan diorang.
Balik KL ni Airyll memang WAJIB pi sekolah. Aku memang tak boleh imagine jaga 3 orang ni, sorang2 kat rumah. Belum ade courage lagi. Kadang aku terfikir macam mane la pengasuh kat nursery tu boleh bersabar ngan karenah ramai2 budak ni. Kalau aku boleh gila la dengan baby, dengan toddler. Ni sebab anak sendiri je. Dah terikat dengan tanggungjawab.
Macam mane la 1st Airyll sekolah. Even dia nangis meraung2 pun aku kene keraskan hati letak dia kat situ. Kalau x mula skang, abeh tu bile nak skolah. Orang baya dia dah ramai dah pi skolah. Dia je manja2 lagi dok bawah ketiak aku.

Aryssa. Hmmm apela nak expect dengan seorang bayi baru lahir. Minum susu, nangis, mandi, berak, kencing tu je ah. Pastu mintak dukung letak kat bahu sambil tepuk2 bontot lama2, sampai bahu aku pun sakit. Pastu aku stress bile tengah tepuk2 tu Airyll & Alyff nak macam2. Nak biskut la, nak ribena la, nak berak la, bergaduh rebut barang la, melalak nak tidur la. Tapi syukur Alhamdulillah Aryssa jenis yang tidur malam. Kalau dia meragam pun, siang2 je. Malam tidur nyenyak tak bangun sampai kadang breast aku bengkak kene pump.

Anak hai anak. Macam macam la karenah. Kadang buat aku merungut bila aku rase tertekan. Rase benci dengan life aku yg buat aku stuck macam ni. Tapi bile macam sekarang ni, semua tidur, tengok muka diorang, buat aku bersyukur teramat. Ade anak. Ade anak lelaki & perempuan. Bertuahnya hidup.
Sebab tu aku bersabar je sampai skang. Sanggup susah payah nak besarkan diorang ni. Cepatla besar sikit. semua pandai uruskan diri dan paham bahasa. Dengar cakap mama & papa. Tak melawan cakap.

Baru 44 hari. Beribu hari lagi mendatang kalau Allah panjang kan umur. Semua anak2 sempurna dan sihat adalah perkara yang paling penting dan patut aku syukuri daripada mereka sakit dan buat aku terseksa.

Ya Allah, ampunkan la aku sekiranya ada ketika aku mengeluh menyesal ada anak yang ramai, rapat2 umur macam ni. :(

Esok n hari2 seterusnya, cabarannya berbeza setiap hari nak jaga diorang ni. Berilah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi Ya Allah.

12 comments:

Oyis said...

x pe azza, setiap yg buat tu, berpuluh2 lg pahala Allah dah set siap2 utk u. lg pon kata org, masa kecik2 ni mmg rasa semuanya kecik2 n beranak dkt2, tp nnt besar meriah family u azza. i adik beradik 3 org, selang 3 thn setiap sorg, so bila semua sekolah men or Uni, dah x de sapa kat rumah, walhal my parents belom pon 50 thn masa tu. so, kira investment masa dpn ni. i hrp rezeki i pon semurah u la bab anak2 ni. teringin nak big family jgk

mast@work said...

nyah, sedih aku baca entry ni.. bersabar la ye.. yang mana boleh buat kita buat.. yang tak boleh buat tu berdoa aje moga Allah bagi yang baik2 untuk anak2.. jangan sedih2 ok

FiraHamzah said...

babe,
sebak aku baca luahan hati ko nih. Ko dengan aku lebih kurang ajela..akan stress giler biler kena handle anak2 kecik nih. Anak aku yang sulung baru 2 tahun. yang kecik si kembar baru 6 bulan. Memang tiga2 aku handle sendiri. macam ko la, bila aku stress layan si kembar, aku naik sawan dgn si kakak abis aku pukul2..sgt2 tak patut kan? tapi ye la, kite nih ibu muda (erkk, muda ker??) hehe..ada masa kite pun takleh control emosi kan.
Kawalan stress paling mujarab biler aku tengah sawan angin adalah dgn bersyukur pada Allah sebab berikan kite anak2 yang comel & sihat. Pastu sentiasa ingat yg dorang ni amanah dari Allah utk kite.
Apapun, aku doakan yang terbaik utk kite dlm mendidik anak2. Think positive babe, memang letih skrg, InsyaAllah lagi 3-4 tahun kite dah leh rest2 (itupun kalau aku nih tak pregnant lagi la..hehe)

take care ya! :D

bonda dadif aka akish said...

babe....siyesli...touching sgt hokey n3 u nih....

i igt i sorang je tak bleh nak handle karenah anak2....

walaupon.....adik dadif belom pop up lagik...melayan karenah siabang yg baru 2 tahun ++...haiiiiii.....kesabaran yaaaaa amat!

apepon...meh kite kasik top up banyak2 kesabaran kite ketika mendidik anak2...amanah ALLAH nih...

dan i pon motivate diri sendiri..kalu dah hangen bebenor.... "bersyukur dikurniakan anak yg sehat, sempurna dan comel....

=)

zailamohamad said...

aku terpanggil untuk komen..sabarlah Azza..aku dulu pon pengalaman berpantang lebih kurang macam kau je..setiapkali pantang aku tak pernah harapkan mak aku datang jaga & seingat aku pantang anak ke 3 yang paling mencabar sekali..dalam pantang anak-anak aku hak no 1 & 2 kena chicken pox so xboleh hantar nursery so aku jaga kat rumah..memang anak2 aku pon samalah perangai macam anak2 ko..ada masa ok ada masa xdengar cakap..especially husna (anak ke 2) kalau dia nak susu sebole2nya nk kn ada terus depan mata..pastu suka bergaduh berebut mainan dengan abang..memang stress!

bila hujung2 pantang, aku pula yang kn chicken pox, ank aku yang bongsu kn hantar nursery, aku tak boleh pegang anak, tak boleh susukan anak, breast bengkak, sakitnya Allah yang tahu..aku tak boleh nak sembahyang, tak boleh nak mengadu kat mak (hanya dalam telefon tak sama dengan dia ada depan mata) tapi Alhamdulillah kakak & kawan-kawan banyak bagi sokongan moral

kawan aku cakap "sebenarnya Allah nak bagi pahala kepada kita sebab Dia tahu masa tu kita tak boleh solat, tak boleh nak beribadat so dengan diberikan dugaan macam ni, besar pahalanya kalau kita bersabar"

so buat Azza..banyakkan bersabar..aku tahu kita tak berniat nak buat anak-anak macam tu, sebenarnya kita sayangkan mereka..jangan risau Azza, lepas ni mereka akan lebih matang lagi, macam HUsna dah potty train dalam usia 3 tahun lagi, sekarang ni aku bersyukur..hasil bebelan aku, anak-anak aku mendengar cakap, nak minta tolong dah boleh..

yang penting ko jangan rasa bersalah..tebus balik dengan mereka bila ko dah habis pantang nanti, bawa mereka makan kt tempat fav diorang ke..selalu bagitahu mereka yang mereka dah ada adik & ko xboleh layan mereka macam dulu..Kalau aku, aku suka suruh mereka participate jaga adik macam suruh mereka ambilkan barang adik ke, kalau adik tidur luangkan masa membaca dengan mereka, tak lama tak apa..janji mereka rasa tak terabai..

memula ni mungkin ko akan rasa macam tak leh nak uruskan masa tapi lama-lama nanti akan biasa..Haziq (anak no.1) aku pons ekolah pagi sekarang, nak kena naik van pukul 7.30pg so malam-malam memang aku akan pastikan dia tidur awal, kalau tak esoknya akan cranky & tak mau ke sekolah..setiap malam pastikan salam & cium anak-anak kerana ini akan membuatkan diorang rasa dihargai & disayangi..

i guess itu sahaja..aku harapkan ko banyak bersabar..Insya Allah ni semua hanya sementara sahaja

mamazana said...

azza, faham sgt apa yg azza rasa... at least u have husband. macm i dulu husband keje kat oversea. lg stress dgn 3 org anak yg rapat2. bila stress, anak2 yg kena bahan cubit, pukul, jentik. tp bila anak2 dah tido rasa menyesal sgt buat diorg mcm tu. mcm dpt mama tiri je...

apa2 pun sabar byk2 ye azza. istighfar byk2...

Psyche said...

Sedihla, Azza. Kuat yeh...

Lina said...

i can see the honesty in this post. mmg payah nak adjust with change, tapi byk2 sabar ye.. b4 this u boleh je cope with two kids, and u've brought them up tremendously well.. esok lusa oklah tu... all the best ya!

Anna said...

sebak hati ketika akak baca ko punyer n3 ko.. banyak-banyak bersabar.. inilah dugaan yang terpaksa kita hadapi untuk membesarkan anak-anak kita. Insyallah segala pengorbanan kita ni mendapat ganjaran daripada Allah.. Semuga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah.

oih-ieja! said...

ingt pesan aku..istifar banyak2..okeh..wish aku Luck pulak sbb aku bakal menyusul lepas ni.. =))

norhanas said...

sedihnya baca entri ni. kuar jugak la airmata. erm saya ni baru anak satu. dah mengeluh memacam. memang salute dengan emak la sebab jaga kitorang 3 beradik.

harap2 kita semua sebagai ibu dikurniakan kesabaran yang sangat tinggi demi anak-anak. insya Allah.

wan nurul hezrina said...

be strong gurl.u can do it..nie masa pantangjer susah cket=)