Tuesday, 13 December 2011

tompok - tompok putih dalam mulut kanak- kanak / oral thrush / fungal infection in toddler mouth

Start dengan 3 tompok putih macam ulser kat bibir bawah dia Khamis lepas. Aku bawak pi klinik doktor melayu dekat dengan rumah. ni kali kedua pi klinik ni sebab selalunye pi klinik doktor cina yang dekat dengan rumah in law.haritu betul tak larat sebab aku demam & sakit tekak skali.

doktor melayu check mulut alyff sampai ke tekak. dia cakap infection biasa dan kasik antibiotik. dia cakap dia takde ubat sapu utk hilangkan putih2 tu (boley?)

lepas 4 hari beri Alyff antibiotik ikut jadual, takde tunjuk tanda-tanda nak baik. aku dah start takut sebab makin lame tompok-tompok putih tu makin banyak. kat keliling bibir bawah dan bibir atas dia. dan malam tadi merebak kat lidah dan mula melepuh dan start keluar darah.

tapi dia macam biasa je, takde demam, takde merengek2 sakit, takde cakap sakit mulut, makan dan minum macam biasa.

malam tadi tak dpt nak bwk pi clinic sebab dah lewat and Afiz pun keluar p meeting sampai lewat malam. Aku tidurkan budak berdua tu dan start surf pasal masalah mulut ni. Adik aku cakap ni bukan penyakit kuku dan mulut sebab dia dah dapat injection utk avoid penyakit tu masa umur satu tahun. lagipun dia takde tunjuk tanda-tanda yang dia sakit.

so ape yang aku dapat info:
i) Oral Trush - disebabkan oleh overgrowth of a type of yeast called Candida albicans. Bentuk macam white patches yang memula macam ulser, lama2 melepuh kemerahan. Ni bibir bawah Alyff aku ambil gambar. Nak suruh dia bukak satu mulut jangan harap dia tak kasik.ii) Harmless. Memang dia tak rase sakit, tapi makin lama kalau tak beri ubat akan sebabkan kegatalan dan pendarahan.
iii) Disebabkan oleh benda-benda yang tak bersih masuk dalam mulut. Teats, pacifier, toys
iv) More info click here or boleh google type oral thrush in toddler.

Aku yakin sangat dia kene infection ni sebab dia isap puting dan puting dia kadang-kadang jatuh and dia amek balik dan masukkan dalam mulut semula. Bad me, aku pun jarang rebus dan sterilize botol dan puting dia. paling-paling seminggu sekali dan kalau nak buat susu tu goncang2 dengan air panas je.

Bila dah kene macam ni terus insaf. Terus beli puting dan botol baru. terus nak fully utilise the steriliser.Wajib:
sterilise botol dan puting each time nak guna. jangan malas lagi.

Ni ubat yang doktor cina bagi. Klinik dia memang dah macam mujarab sket sebab ubat demam pun terus baik demam. apsal ntah haha. Dia bagi ubat gatal, ubat sapu dan ubat utk elak selsema/batuk. and dia pun dah acah2 Alyff ambil puting dia depan Alyff. Dia cakap Alyff dah tak boleh isap puting lagi, Alyff dah besar. So, dia dah nampak la doc ambil puting dia. (pdhal diam2 doc kasik balik kat aku). so dalam kereta asyik cakap "puting dah takde. dah abes. doctor dah amek". so hopefully dia boleh hidup tanpa puting dia. memang patut berhenti pun sebab adik dia dah nak keluar ni.

Get well soon Alyff. Sedih mama & papa tengok Alyff macam ni. Memang la aktif bukan main, tapi ade kulat kat dalam mulut tu yang tak boleh tahan. hai.. anak oo anak...On of the treatment yang aku baca kt net utk thrush ni dengan beri makan yogurt with lactobacilli. ade dalam yakult. ok pasni mama belikan adik yakult.

7 comments:

littlehumblelynn said...

assalam;

anak pnh kena sekali jugak dulu..punya ler risau..kata org2 tua seriawan mulut--takut dia x leh menyusu kalo biar lama2.

pg klinik..diorg bagi ubat sapu mcm gel putih..mujarab jugak!!

smg anak azza cpt sembuh!!

shogun_na said...

as-salam,

Azza, anak saya dua2 pernah kena oral trush...yg no 2 kena masa baby dlm pantang...kesnya saya cuci lidah dia dgn napkin yg lembap...tup2 dia demam lepas tu...kesian sgt...berkampung kami seminggu di hospital...doctor bagi dia ubat kaler kuning...alhamdulillah....ada perubahan....

Bersabar la azza ek...mmg susah hati..

naiey said...

Salam
cepat2 sembuh ye alyff sayang...

p/s: mata dia sgt2 cute :-)

Oyis said...

get well soon. Alhamdulillah bkn HFMD

Liz Rohaizat said...

salam azza,

kalau ubat doktor cina tu dah sembuhkan dia, ok la. alhamdulillah.

kalau ada lagi oral thrush tu, boleh beli DAKTARIN ORAL GEL di farmasi. dlm tiub kecil warna hijau, gel warna lutsinar. memang doktor yg recommend kat saya dulu. alhamdulillah, cepat baik.

KambingBujang said...

Azza, amirul pun kena oral thrush. doc ckp this thing happen due to oral hygiene.

after segala ubat amirul makan and hilang oral thrush, huda just sterilize semua botol dier

mmg mujarab, after tue dah xpnh kena dah

akuzle ayu said...

sy baru tau psl yakult bole cure mender neh. sy pon risau psl my baby yg age 9 bulan ada mcm neh gaks. nk try beli n bg kat dier. tqvm 4 sharing n good luck 4 the yakult story..