Thursday, 29 December 2011

tadika di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO)

ni entry panjang.

Sebelum aku bersalin ni aku memang bercadang nak survey school untuk Airyll, sebab aku plan nak masukkan dia school lepas aku abeh confinement period. Sebabnye nak balik Batu Pahat kan masa pantang, so takde la nak enroll awal-awal bulan satu. Paling awal dia akan masuk sekolah bulan 3 tahun 2012. Takpela lambat sikit, bukan ade exam besar SPM pun nak kene catch up. Lagipun bulan July 2012 umur dia akan 4 tahun.

Aku memang prefer sekolah yang islamic sket, takpun yang mesti ade ajar agama, iqra', solat, fardhu ain etc. sebabnye aku suke budak kecil-kecil lagi dah diajar tentang agama. sebab otak diorang kan macam span, skejap je ajar terus masuk. biarla dulu math ker, sains ker etc sebab dia tak pi skolah pun dia dah leh count 1-15. leh baca ABC sampai Z. leh pronounce banyak English words yang dia belajar banyak kat TV. belajar ngn Mickey Mouse. Airyll memang hantu tv sket especially cartoon. Sebab tu cepat je dia belajar benda2 tu. Terkejut jugak aku bila tentibe dia boleh buat simple English sentences yang aku pun tak ajar sebab kat rumah memang fully converse in Malay.
"Mama, it's raining"
"Mama, the sun is shining"
"Wait for me, mama!" (ni pun Alyff dah pandai cakap)
"hey, hurry up. come and catch me" ? "wait.. i will catch you" (kalau main kejar-kejar ngan budak lain)
"what are you doing?"
"can you help me, pleaseeeeeeee"
"excuse me"

And lagi satu aku memang berharap sangat dengan Islamic Kindy sebab bad me aku pun takde ajar doa-doa or surah kat dia. kalau makan, main terus makan je, takde la tadah tangan baca doa makan. :(. Doa nak masuk toilet ker, doa nak keluar rumah ke. lagilah takde.
Nak tidur je aku ajar baca "Bismillah hirrahman nirrahim" sebab doa nak tidur pun aku tak hafal.
Apetah lagi Alif Ba Ta pun aku tak ajar lagi. Mickey Mouse mane ade ajar Iqra' pun.
So, takde orang nak ajar benda2 keagamaan ni makanya aku berharap pada sekolah lah. Aku maybe boleh ajar ngaji setiap kali pas solat maghrib, tapi bile dah occupied dengan adik and baby kecil nanti, agak susahla jugak kan.
Biar la orang nak cakap, alaaa nanti lame2 pandai sendiri la, or nanti sekolah rendah adelah subject agama etc but aku lagi suke budak kecil umur 3 tahun dah terdedah dengan solat, doa, iqra'. fardhu ain etc. Sebab mengandung dan beranak adelah benda penat dan menyakitkan (im feeling it now and rase sedih). Maka mestilah nak output dari benda yang kite nak. Parents masing2 nak yang terbaik untuk anak kan.

اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ

"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."6 [1]



BTW, aku dah buat survey, melawat dan jumpe teacher untuk sekolah-sekolah ni.
1) Aftal Excel
2) Krista
3) Genius Aulad
4) Brainy Bunch Islamic Montessori
5) CIC
6) LittleCaliphs

Semua ni ade kat BTHO. Dekat je dengan rumah. Aku melawat semua dalam masa satu hari. Bawak Airyll sekali nak tengok environment dan bagitau dia yang dia akan masuk school tahun depan.

Semua 6 tadika ni aku ade buat research kat Internet dan dapat banyak good reviews tapi kat cawangan lain-lain la. Tapi semuanya ade ciri utama yang aku nak. Keagamaan.

Ni review aku pas melawat, untuk cawangan kat BTHO yer.

1) Aftal Excel, Suadamai, BTHO- 2 storey. corner lot.
- ruang rumah selesa. ade playground.
- ajar potty.
- tak provide food untuk sekolah. Kene bawal bekal & susu.
- teacher converse in Malay. Nice ladies.
- start pukul 7.30 pagi - 11.30pagi (waktu pembelajaran)
- Satu kelas = 10 orang
- boleh sambung day care sampai pukul 6 ptg.
- ade Sport Day, Family Day, Trip, Convocation
- Yuran:-
Registration RM565 (sekolah 1st sem & 2nd sem) + RM50 (day care)
Monthly RM200 (sekolah) + RM150 (day care)
Uniform - RM51 sepasang

Comment: Ni 2nd choice untuk sekolah + daycare. sebab kat rumah. rumah adelah pilihan utama. shoplot aku adelah kureng sket.

2) Krista, Primaya, BTHO- 2 Storey cornet lot. Corner lot adelah besar.
- ade guardhouse betul2 depan tadika.
- ruang rumah yang bersih, selesa dan kemas. Teacher ajar melawat setiap sudut rumah.
- waktu sekolah pukul 8pg sampai 12tghari. Boleh sambung daycare sampai 7 ptg.
- teacher converse in English. Ade non Malay teacher untuk certain subject. Semua nice ladies.
- montessori
- ade TV
- tempat tidur yang selesa. Setiap budak ade katil sendiri.
- ajar potty.
- ade set buku. BM, English, Sc, Maths, Agama
- ade timetable yang complete.
- Yuran:
Total all = RM 1250 (registration, stationaries + worksheet, insurance, school fee, uniform, book set, deposit, study tour, sport, concert)
Yuran sebulan RM250 (sekolah)
Total yuran sebulan RM400 (sekolah + daycare)

Comment: Pilihan utama aku & Afiz. Sebab keselesaan, subjects, method belajar dan yuran yang affordable.

3) Genius Aulad - Lakeside, Town Park, BTHO- Tadika baru kat BTHO. Baru nak beroperasi.
- Shoplot 2 tingkat besar
- Teacher converse in English. Nice ladies.
- Takde daycare.
- Kelas pagi dah penuh. Maka cuma ade kelas petang start pukul 1.30pm sampai 4.30pm
- makan bagi snek sihat & drink
- satu kelas max 20 students
- ade aircond (yang besar dan selesa) + cctv.
- syllibus dan yuran seperti di bawah.Comment: boleh jadik pilihan kalau Afiz taknak daycare sebab petang and Airyll boleh bangun lambat (tapi sampai bile nak ajar anak bangun lambat pun). Tapi kene fikirla transportation untuk hantar dan balik sekolah. Sebab office hour.
Aku suke silibus dia. Kalau aku SAHM aku dah antar dah kat sini. Berantar berambil.

4) Brainy Bunch Islamic Montessori - Lakeside, Town Park, BTHO- Tadika baru kat BTHO. Baru nak beroperasi.
- Shoplot 2 tingkat. Kecil sikit dari Genius Aulad.
- Full in English.
- Full montessori. Gadget semua best2.
- Ade aircond biasa
- Satu kelas max 15 students
- Ade belajar Science - under program Little Scientist
- Ade concert, trip, convo etc
- Silibus belum siap cikgu cakap, boley?
- Yuran different untuk cawangan.
- Yuran
Registration Rm1060 + 200 (little scientist) + monthly fee + uniform
monthly fee sila pilih
RM270 = 8.30pg - 12.00thari
RM520 = 8.30pg - 3ptg
Rm620 = 8.30pg - 6.30ptg

Comment: Kalau aku SAHM pun aku sanggup nak antar kol 8.30pg - 12.30tghari. Dia ajar agama comprehensive and aku suke montessori. Tapi, yuran mahal, anak aku berderet keke tak mampu lak. Makanye ini bukan pilihan la buat masa ni.

5) CIC - Town Park BTHO- shoplot besar. dah 2 tahun beroperasi.
- lengkap semua ade classroom, tempat tidur (asing lelaki perempuan), toilet, dapur etc
- aircond
- teachers nice ladies.
- ajar potty
- menu makan pun sedap dan berkhasiat (rase tak tau la)
- timetable and silibus tersusun.
- Yuran
Booking RM100
Total yuran per year RM820
Monthly (sila pilih)
RM 250 - 8.30am to 11.30am
RM400 - 8.30am t0 2.00pm
RM550 - 8.30am - 5.30pm
OT = Rm5 per hour. lepas pukul 6 ptg.

Comments: dalam banyak-banyak silibus tadika yang aku survey, aku paling suke silibus offered by CIC. Tapi CIC kat sini shoplot. Tu yang aku kureng sikit. Kalau kat rumah sure dah jadik pilihan. Tapi best dia ade banyak jugak kelas for weekend utk swimming, mengaji, intensive, drama etc.

6) LittleCaliphs, Dutamas, BTHO-shoplot baru
- tutup maka tak dapt info. Malas nak call sebab bukan pilihan utama.

Tu je la. Makanya pilihan utama kitorang adelah Krista. Airyll mama masukkan lepas abeh pantang nanti ye. Skang duduk la kat umah Atok dulu.

Dialog Airyll " Mama, bestnye Airyll dah nak school. Lepas ni Airyll dah tak payah pergi rumah atok. Airyll dah besar. Airyll kene school. Adik kecil lagi. Adik belum boleh school. Adik kene duduk rumah Atok"

Cakap depan adik kan. Pastu adik meraung la
"Taknakkkkkk, nak ikutttttt pergi school"

:p

p/s ade masa nanti aku nak melawat REAL & Smart Reader BTHO. Smart Reader BTHO ade offer Iqra' & Hafazan.

14 comments:

Mrs.R @ Emi said...

emily pon blajar dgn mickey mouse :) mmg kdg agak suprise dgn kebolehan dia speak in english..alif ba ta blajar kat youtube jek..

thn dpn dia msk playschool jugak, tp yg biasa je..5 thn Insya Allah nk masukkan kt Krista dkt umh ni..rmai kwn2 bg feedback +ve ttg anak2 dorang yg blaja kt situ..

all the best airyll

Siti Fatimah said...

wah airyll dah nak pi school kan mesti dia excited kan... btw azza pendpt i baik u pilih school yg house lot or yg ada bangun sendiri compare to shoplot kan sebab kids suka kebebesan, keselesaan and happy environment...

KambingBujang said...

amirul pun nx yrs dh masuk school. this yrs ala2 playgroup jer kt nursery dier skrang. so far dgn problem speech delay amirul, rasenya consider best la. amirul byk improve

FiraHamzah said...

azza, thx for the info. sgt berguna utk aku nanti.. :)
pening gak bila fikir sekolah anak nih..lagi2 tang yuran2 tu..adehhhh..bengkok oo byr sorang ratus2 mcm tu.. :p

Lina said...

azza, i dah enrol my daughter (3years next year) to Krista. it uses the hollistic approach in educating young ones.. mmg fell in love sgt dgn syllabus die, not too easy nor too tough.. byk fun activities for the whole year.. mesti die enjoy! and the best thing is ader ajar iqra' ptg2..

schazzy said...

thanx for the info & review :) bestnyer byk tadika kt BTHO. i kat BTR..nak gi survey jugak ni for my kids. skang drg kt daycare biasa je. kalau bole nak yg ber-syllabus jugak. tak sabar nak abis pantang so dat bole survey kt area ni..kriteria penting mesti kena ader daycare skali cos nanti dah nak masuk keje balik :(

Fitri Senin said...

woo pening juga azza...

Oyis said...

wow, comprehensive skalik review tadika ni azza. sekolah mana pon airyll masuk, rasa nya semua best dah pon yg u list ni

sha said...

i chose BBIM utk ank i. selambeee je i mntak discout utk monthly fee hehe. u x try mintak ke? (matikla kantoi kalo owner dia tau i bg tips)

mademoiselle ten said...

google taska d btho trjumpa ur blog... interesting story abt kindy for future ref... anyway u bole suggest tak on taska in btho... dah cari a few but yet to found the best since ni 1st time nk tinggalkn baby dgn mcm2 cerita buruk ttg babysitter ..rasa ngeri pulak

MammaSun said...

gila happy baca review kat blog u sbb i mmg tgh survey taska around btho...and ramai gak suggest Krista tu... So, after a few months, ok tak Krista tu dgn anak u?

Mama Cyg said...

http://akulahputeriraja.blogspot.com/2012/12/kindergaten-huntinghasil-pemburuan.html

careno said...

Pehhh... terbaek review... mmg tgh survey area btho ni... ade any info lain lagi tak?

Mohd Alizal Abd Razak said...

i prefer little tots excel btho... still nak hantar anak kat situ lagi next year...