Monday, 19 December 2011

on sacrifice

orang selalu post kat blog nampak macam hidup dia best je. bergaya. berkemampuan dan bernasib baik dalam segala hal.

and ade gak orang gtalk or ym or bbm or whatsapp borak ngan aku macam dia hidup happy takde masalah. ape nak, petik jari je. tak pernah rase stuck dalam sesuatu hal.

tapi kite tak tau disebaliknya. kan? luar nampak hebat, belakang sebenarnye penuh dengan masalah. depan orang kenalah tutup. dan cume show off benda3 best. bagi orang jeles.

aku pelik macam mane orang boleh hidup kaya raya tanpa rase bersalah dan tegar menunjuk-nunjuk, dengan hasil memijak kepala dan atas kesusahan orang lain. Doa orang yang teraniaya adelah dimakbulkan Tuhan.

aku suke compare and baca blog orang untuk mencari option. aku jadikkan blog seseorang ni sebagai landasan. sebab dia bagi option yang paling minimum, simple dan mudah. Dia & suami dia penulis blog tu. Aku selalu puji blog dia bila bercerita dengan Afiz. Aku admire dia. Aku suke dengan simple life dia. Aku suke dengan option2 yang dia ambil dalam hal kekeluargaan. Sebab kadang-kadang kebanyakkan cerita blog lain nampak kasihan dengan langkah yang mereka ambil bila aku comparekan dengan option yang diambil oleh dia dan suami dia especially yang berkaitan dengan duit. bayar satu service mahal2, tapi takde hasil. tapi bila dia, bayar murah pun, hasilnya memang cemerlang. yerla, dunia sekarang, semuanye kena ade duit. tapi, masing-masing ade reason tersendiri kan.

Jangan tanya aku siapa dia, sebab setiap orang ade blog idola masing-masing kan. so stick to yours. sape yang kau rase bagus dan berguna untuk kau jadikan idol.

Arghh ape aku nak tulis sebenarnye.

pertama,
Afiz dah kerja sendiri. Kesian aku tengok dia kerja bertungkus lumus untuk keluarga kecil kitorang. Alhamdulillah, memang rezeki / jobs datang bertimpa-timpa, tapi apelah sangat kudrat dengan satu otak dan sepasang tangan. semua benda nak kene design. nak taknak, terpaksa jugak buat. Kerja seharian, balik lepas subuh. Aku doa hari-hari, semoga dia diberi tahap kesihatan yang baik. Semoga phase susah ni cepatlah berlalu. Semoga Allah permudahkan jalan untuk dia.

kedua,
sekolah Airyll. Aku sampai skang belum betul-betul carik sekolah untuk dia. Survey2 sekolah yang aku nak semuanye yuran beribu2. tapi, option tu sentiasa ada kan? aku belum carik lagi option untuk sekolah yang sesuai dan affordable to us. Anak-anak aku ramai. Semua nanti nak pakai duit. Sampai satu tahap aku fikir, is it ok ke untuk aku sacrifice pergi beranak kat hospital government maka dia boleh pergi ke sekolah yang aku nak tu. Tapi, Afiz tak bagi.
Ni baru sekolah tadika. Belum universiti lagi. Masa sekarang education plan / insurance tu adelah sangat penting.
tapi nanti baby dah lahir, Airyll mesti kene pergi sekolah, sebab peningla nanti in law nak jaga 3 orang sekaligus. masing-masing dengan karenah masing masing.

harap tahun 2012 adelah tahun yang memberi rezeki kepada kami sekeluarga. Amin.

semalam. sanggup papa balik rumah kejap, spend 3 hours bawak anak2 & mama pergi The Curve, then pergi office balik. Bagi anak gembira. Thanks papa.kelmarin, temankan papa buat kerja kejap kat office kecil papa.

7 comments:

isabelle said...

eh, afiz dah keje sendiri? sejak bila? (asal aku tertinggal bot ni weh)

anyway, aku doakan semoga semua ok utk korg. kesusahan akan mengajar kita appreciate semua yg kita ada..tak gitu?

Lin said...

sebab tu org kata, jgn compare diri kita dgn yg di atas..sesekali tunduklah kebawah..masih ramai lagi yg tak bernasib baik dr kita..

Farah said...

setuju dgn lin..aku pon bile time susah cth aku mabuk skang..aku pk ade org siap kena warded berbulan2..aku terus insaf huhu..aku pon rase yg berlagak petik jari sume dapat tu..belakang cerita ntah mcmmane agaknye.tuhan tu adil kan.

Diyana said...

ha ah.mmg tk perlu pun tiru gaya life org lain.kite pun ada life trsendiri. mcm aku,tak segan pun gitau org..mmg aku beranak suma kat gomen jek. anak2 pun aku hantar tadika dpn sekolah aku.tadika ala2 kemas gitu.:).ok ajela...pandai pun si mia baca abc,123..:D

Psyche said...

Okay. Pada kite, hidup awak best! seronok tengok dan baca, and in a way, ter-updated jugak la tentang awak and family. percayalah Azza, macamana awak kdg2 rasa hidup orang lain lebih best, ada orang yang tengok hidup awak lebih best juge!
Kite pun mengharapkan 2012 adalah tahun yang best. Insyallah, baik-baik sahaja untuk kamu dan family.

ShilaShower said...

azza, as a wife, bila laki kerja sendiri, mmg banyak lah kita kena sabar. aku sejak kawen, kown mmg kerja sendiri. mula2 aku tak biasa, yer la risau dia ni boleh ker nak generate duit bulan2 untuk komitmen hidupkan. masa tu adam tak beranak lagi.

then aku bagitau dia, aku takmo apa2, asalkan nanti2 makan pakai anak2 tak sangkut. so long boleh lepas pampers, susu, medical, insurance and pakai ANAK2, aku fine.

pastu nak get use ngan time kerja tak tentu hala, jumpa orang malam2, pastu financial kena adjust betul2, awal2 dulu macam tensen. hehehe. tapi lama2 dah ok. pastu bila fikir2 balik, aku rasa kalau dia makan gaji konfem tak cukup nak makan kami bulan2, hahaha. bila kerja sendiri ni income tu, sky is the limit. tp aku la kena duduk diam2 kat TM ni sbb sayang medical company, hihihi.

trust me, aku yakin satu hari nanti ko akan rasa, "nasib bagik afiz buat bisnes" it provides more sbb anak2 zaman sekarang, segala benda duit :P the good side lagi, nanti masa dia flexible la skit walaupun bz hehehehe

zeta said...

Ye Azza..aku doakan moga 2012 tahun yg baik utk kau..juga utk diri aku dan kwn2 ln jugak.. :)