Tuesday, 20 December 2011

Baby Journal : Persediaan Berpantang

Morning all.

Minggu ni adelah minggu ke 37. Hari-hari akan mengalami heartburn.
Sebab?

Bayi dah besar. Bayi menolak perut aku ke atas. Aku dahla makan banyak, so bila kapasiti perut dah penuh + tolakkan daripada baby, maka heartburn aku rase kerap. Rase senak. Rase nak muntah, rase macam ade gas dan rase macam esofagus tersumbat.

Kadang-kadang terpaksa guna bantuan ENO. ENO perisa limau & lemon. ENO memang bagus la. Lepas minum je terus esofagus aku clear. Takde gas.

Ok ni aku dah buat preparation sket untuk masa berpantang. Konon-konon persediaan rapi maka lepas 2 bulan badan boleh kurus dan ramping ah ah. Dah 2 kali percubaan aku failed nak kurus kan badan, makan percubaan ketiga ni haraplah berjaya (azam baru ni wey) hehe.

Set bersalin, kali ni beli set bersalin Nona Roguy. Ade 6 barang:-

Phytonatal 90 biji - dalam bentuk tablet untuk di makan
Akar herbanika 10 paket - dalam bentuk uncang, rebus untuk diminum
Minyak herbanika 100ml - minyak sapuan badan dan urut
Krim Herbanika Barut 60 g - Sapuan pada perut dan pinggang
Uncang Cuci Herbanika 10 paket - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran alat sulit wanita
Herbanika Lulur - untuk menyental kulitRamai yang bagi +feedback untuk set berpantang ni. Maka akan cuba habiskan semua sedaya upaya. Dah beli mahal-mahal ni. And thanks Lin sebab bagi link pengguna NR yang berjaya kuruskan badan dgn jayanya. - click here.

Ni Amway punye set, kan tahun lepas aku bersalin Alyff guna set Amway ni. Pastu malas sangat nak guna. Ade lagi banyak lebih. Maka berikrar akan habiskan semua pilis lah, param lah, tapel lah dan sebagainya. Lagipun expired dia May 2012. Maka, wajib habiskan yer Aza. Siap ade bengkung tu aku tak pakai lagi. LOL. (yerla thn lepaskan beranak csect. mane berani nak pakai bengkung ikat2 tu).Ni paling suka dari Amway. Minyak bayi. Harumnye. Dah tak perlu lagi minyak yuyi bila dah ade ni.
Tungku moden. Aku tengok kat Internet orang jual sampai RM60. Skali ade jual kat Giant Kinrara (booth kecil) RM30 aku terus rembat. Harap rajin lah nak guna.Tungku herba dari Tanamera. Ade 20%. Baru nak cuba. Stimkan dan tekap kat perut. Harap bau dia wangi.Untuk food, dah kumpul resepi untuk makanan dalam pantang nanti. Sebab Afiz nak tolong masak kan. Hehe. :P Aku nak carik yang stim saje supaya mudah. List dari sini - click here.

Others,
1) Nak try jamu Mak Dara. Sebab Afiz tengah buat project untuk product design apentah (iklan tv kot) untuk Jamu Mak Dara ni. Banyak sample kat office dia. Maka boleh cuba nanti.

2) Nak try makan manjakani perapat. Sape dah pernah try? betul ke baik untuk 'kesihatan' wanita? ade effect tak makan masa tgh BF? share please.
Aku dah tengok beberapa brand macam Puteri, Orang Kampung. Leesa formula etc. tapi belum beli lagi.

Selesai kot untuk persediaan ibu berpantang nanti.

10 comments:

Diyanazman said...

tahniah! sila makan segala jamu tu suma dengan penuh jatidiri dan disiplin. pasti ko akan vouge da vass meletop2 lepas pantang nanti! yay!

Diyanazman said...
This comment has been removed by the author.
Psyche said...

rasanya penah makan manjakani ke kacip fatimah ke ape ntah namanya tapi function dia lebih kurang gitu lah. Lana adalah selalu kembung perut (siap buat eksperimen makan dan tak makan then BF). Lepas stop BF kengkonon nak sambung balik, lepas tu lupa. hehe.

Lin said...

nanti sama2 kita telek blog ice tu k.hehe
jamu mak dara tu aku suggest ko start mkn pas abis pantangla..abiskan dulu pytonatal. jamu tu panas sikit. takut baby tak tahan. :)

SYANI said...

Guna Tropical Herbs juga masa anak 1st. Minyak bayi tu memang sedap baunya. Ala2 minyak telon kan??? For 2nd baby saya guna Leesa Formula.

nad said...

Pakai tungku elektrik kene hati2..
Jangan letak direct tunku atas lantai bila panas. Kene alaskan dengan towel sbb makcik aku punya pernah pecah.. Ialah lantaikan sejuk so dia melawan lah... Slamat berpantang eh..

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

aku suke tropical herbs tu..guna masa pantang, mmg tak miss, then hasilnye mmg superb weh..tapi tu la..kene disiplin je la..sume aku pakai, kecuali yg letak kat dahi tu..yg tu bila kering, kuar habuk2 tu, kadang boleh termasuk dlm mata baby..

nona roguy,kawan aku ckp produk die agak panas, then takut baby kene kuning..so mana2 product die yg kene mkn/minum tu, hati2..depends pada baby jugak..

apa2 pun za, disiplin tu penting ye..tapi pada aku, ko kalau xmakan apa2 pun, kurus je aku tgk mcm lepas bersalinkan airyll ngn alyff aritu..huhuu..selamat berpantang beb! :)

Fitri Senin said...

Azza kalo ko kurus aku akan pantang gak cm ko even aku tak bersalin and u r my idol

nurul_7155 said...

azza beli tungku herba tanamera tu kat mana yer,..i penah cuba set nona roguy tu bestla,..minyak sapu kat perut tu warna kuning abis bengkung semua berkaler,..yg best dia punye pencuci uncang sireh...gudluck la nnt masa berpantang,..(",)

armouris said...

info tentang berpantang selepas bersalin - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang