Tuesday, 28 June 2011

gulai tempoyak

wow bile tengok gambar ni je aku dah rase air liur macam nak berjejeh.
BTW, last week jumaat adelah hari teringin nak makan gulai tempoyak ye. kali ni yang style temerloh yang tak bersantan tu mcm style johor. aku takleh makan makanan bersantan rase macam nak termuntah. so avoid.

aku tak pernah buat gulai ni. selalu tumpang makan kt umah mak mertua kalau dia masak. kali ni nak try buat sendiri and google resepi. mak aih senang gile. ni aku guna ikan merah sebab aku taknak makan ikan patin. ikan merah lagi sedap ape.

dan yang penting sedap. kirenye aku dah self certified diri sendiri yang aku dah pass membuat gulai tempoyak dgn cemerlang. flying colors. gred adelah mengikut tekak aku ye. heee

so resepi adelah begini:-
1) cili merah (4 ulas). kalau taknak pedas kurangkan lah. afiz cakap pedas. tunbuk cili merah + kunyit + 2 sudu tempoyak
2) tumis cili merah + kunyit + tempoyak (hasil tumbukan)
3) tuang air sampai mendidih
4) masukkan ikan + daun kunyit + daun kesum
5) masukkan garam & gula secukup rase

ok siap. senang gile. boleh buat lagi sebelah mata. haha

ok sehingga kita bertemu lagi di entry resepi2 makanan yang aku mengidam nak makan. daaa.

9 comments:

isabelle said...

aku mmg x pandai nak feel mkn tempoyak.
tapi aku rasa kalo kena gaya kau msk ni, aku leh mkn kot..

Coffee Mama said...

Waaahhh..Sedapnya!Gulai tempoyak memang gulai yang paling senang nak buat...Ini memang favorite kitorg adik beradik...Memang layan makan dgn nasi panas2...Slurrppp

ciketon fazya said...

aku pun rasa ikan merah lagi sedap.. ikan patin tu klu nampak lemak dia aku rasa cam tak best.. haha budget tak mkn lemak2 eh!

Oyis said...

nmpk sedap dah tu azza ni. resepi pon mcm simple. persoalannya, kat mana plak la i nak cari tempoyak ni hmmm...

Lin said...

every week mesti aku akan makan tempoyak..azza,nk lagi best ko letak timun tua..sedap!!! lagi satu bunga kantan..wangi+sedap lagik..kalau tak ckp masam, letak asam keping. :D

ko makan jugak eh tempoyak.aku igt org johor ni 'alergik' (tak suka) ngan tempoyak mcm laki aku + mak mentua ngan adik ipar aku..yg makan pak mentua aku je (pasal dia org perak).so kalau pak mentua aku nk makan,kena tunggu aku adala baru ada org ley tlg masakkan.hehe

gee ryder said...

i biasa makan, i org pahang :)
style johor letak santan yer??
tak ke muak dgn tempoyak nye lagi heheh...

btw, salam kenal :)

Queen of Pirus said...

Mmg sedap & senang Azza...resepi akak lagi senang...cili masak/cili padi + serai + tempoyak + air. Garam + gula jgn lupa letak pulak. Pas tu letak lah apa sayur2 & apa2 jenis ikan yg berkenan..sesetengah org letak bawang bagai...emak akak kata..tak sedap rasa dia kalau letak bawang.

AdD said...

Letak serai dia akan lebih wangi.... tompoyak mmg favorite la...

Iryani Noor said...

suke sgt gulai tempoyak nih.. kalu makan comfirm berpinggan2.. tp farid xsuke gulai ni.. so xleh la masak... waaaaaa.....