being Johorean + orang Jawa, aku memang banyak dah merasa makanan orang Jawa dari kecik. so, bila dah duduk kat KL, sometime bila rasa teringin nak makan something (makanan orang Jawa), jenuh gak la mencari. nak masak pun satu hal la kan sebab selalunya perut ni nak makan on the spot je terus. Ceduk terus makan. Hehe.
This is one of my favourite. Botok-botok ikan tenggiri. Botok-botok ni gabungan daripada beberapa jenis daun herba. Bungkus dalam daun pisang dengan ikan tenggiri dan rempah. Lepas tu kukus. Masa dalam pantang haritu, ade beberapa hari jugaklah jadikan botok-botok sebagai lauk. Makan dengan nasi panas-panas. Memang terangkatlah. Aku ngan adik-adik, kalau dapat ini je sebagai lauk, pun dah ok.
Ni aku ambil resepi dari internet. In case satu hari nanti aku nak cube buat. Cume terfikir, ade ker kat pasar jual daun-daun yang aku bold in red tu. :P
3-4 keping ikan tenggiri
1 senduk nasi rempah kari ikan
2 sudu besar kerisek
Asam jawa sebesar bola pingpong
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
½ inci lengkuas
5 batang serai
Daun-daun – pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, pucuk daun bunga teh, pucuk kaduk, pucuk buas-buas, pucuk semangkuk dan lain-lain (basuh dan tos)
Daun pisang untuk membungkus
Cara Membuatnya :
1. Ikan dibersihkan dan tos
2. Rempah, kerisek dan bahan kisar, digaul sebati bersama asam jawa (buang biji). Letak gula dan garam secukup rasa.
3. Layur daun pisang. Susunkan daun-daun ulam, letak rempah yg digaul tadi dan letak sepotong ikan, letak rempah kari lagi, dan letak lagi daun-daun ulam. Bungkus kemas.
4. Buat hingga habis ikan dan daun. Kukus botok-botok selama 30 minit, keluarkan dan hidang dengan nasi. Sedap dimakan panas-panas.
Source: here
Selain drp botok-botok, now tekak aku teringin nak:-
1) Nasi Ambeng
2) Pecal lele
3) tempe goreng cicah kuah kicap pedas
4) Ungkep
Dah dah.. macam nak balik Johor sekarang jugak. :P
Now, ape makanan daerah korang, yang korang paling suka?



18 comments:
nasi ambeng kalo ko blk johor bleh la beli ngan mak aku. mak aku kan supply nasi ambeng.tp mak aku punye dah modern sikit.
off kos la nasik kerabu. mak punya nasik kerabu yg terbaik di tekak I.
everytime blk kg mesti suh mak masak nasi kerabu tapau tuk seminggunya makan..mmg tak bosan dan after makan rase nk makan lg..adusss..sedapnya
unt daun2 bold in red tu, i kalau ke pasar sah2 i suh org jual tu amikkan. sebab i tak kenal hehe. tu yg i pk dua tiga kali tu nak baut nasi kerabu, sbb tak kenal daun2. makan tau la.
p/s actually i malas nak buat.
step no.5 kau tertinggal la.
tipon isabelle utk ajak dia mkn sama. hehehe
balik batu pahat makan asam pedas...tu jer pon yg reti...lagipon kat utara ni asam pedas dia lain...
sedapnya botok2...kat mana nak cari area kl ehh?
wahh first time dengar pasal botok-botok nih.. mesti sedap sebab digaul ngan daun-daun tuh.. pehtu wangi daun pisang.. huhuh.. mana nak carik ekk kat kl nih.. mak buyung nih tak bleh tgk makanan skang nih, semua dia nak.. hahahah
Score A Untuk Budak-budak yang......
Laksam sdp jugakkan.tp xth cane bueknya.hehe
mknan jawa mmg unik.bila la dpt rasa botok botok ni. 1st time jupe ni...
aku suka makan laksa terengganu lah :p kuah putih tu..
aku pernah nampak daun ubi ajer kat pasar kat area umah aku ni :p
daun mengkudu, banyak gila dalam uitm ni :p
aku balik BP aritu tak dapat mkn tempeh goreng idaman hati. kedai kat bus stop lama tu tutup lak!!
aku suka kerabu kerang pucuk paku,nasi ulam (aku rasa orang utara je tau makan kot.hehe..) kalau johor, aku suka sambal goreng jawa. lama gak tak makan botok2 ni..mil aku jarang buat pasal adik ipar aku tak minat sangat kot.
ni best... tapi otak-otak lagi best...
halamak, i kawen org org jawa tp x pernah tau pon kewujudan botok2 ni... harus belajar buat one day..
pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu & pucuk kaduk ni ada kat rumah aku..klu ko nak meh la drop by dengkil...
gado-gado, pecal ... my fav but tu semua kena tunggu balik singapore
Hi Mommy,
Let's win cute slogan tees for your kids in conjunction with our blog launch!
mykedaibaby.blogspot.com
askm...sila singgah di teratak 66 ...nekcik guna kelpa parut di blender halus...daun daun tu boleh dapat di pasar keramat kl
This blog is nice and amazing. I love your post! It's also nice to see someone who does a lot of research and has a great knack for ting, which is pretty rare from bloggers these days.
Thanks!
Botox
Post a Comment