Friday, 27 August 2010

masalah tidak boleh tidur malam yang amat kronik dan perlukan bantuan

Begini -
Aku dan Afiz menghadapi masalah yang mana waktu tidur Airyll dah tak betul. Tak betul means dah tak ikut waktu tidur negara ni and ntah la dia ikut negara mane pun aku tak tau.
Nap : 8.30pm until 1am
Bedtime : 6.30am until 3pm

Teruk kan? Ini membuatkan kitorg dah macam zombie malam tak tidur sebab bergilir2 nak jaga dia. Aktiviti dia waktu malam -

2am - "mama! nasik!" (cakap berulang-ulang kali) means dia nak makan nasi. So, aku kenela masak (if takde nasi) then goreng telur makan dengan kicap. Selera betul sampai mintak tambah. Usually kalau dia dah makan macam 1/2 pot tu, then dia mintak lg, aku cakap je dah abis. Seram tengok selera makan dia. Ade yang gemuk ni kang.

2am-5am - tengok cartun, main basikal, coloring, lompat-lompat atas katil, buang air besar, khatam semua lagu ABC kat Youtube, main toys, lari2 kat ruang tamu, jerit2.

5am - makan lagi sebab kitorg sahur dia pun nak makan jugak. Tengok cartoon, lari2 kat ruang tamu, jerit2.

6am - mule menunjukkan tanda penat. "Mama! Susu!", so buat susu dalam 5oz. Selalunyer akan mintak lagi then aku akan tambah 3oz. Then, dia akan solat (boleh tak setiap kali sebelum tidur dia akan sembahyang atas katil - buat takbiraturihram, ruku, sujud, then tahyat sebanyak 4 rakaat). Huhu. Lepas tu baru cakap "Mama! jom tido!. Jam dah pukul 6.30am dan masa tu jugakla aku kene bangun mandi bersiap nak pergi keje.

Kepala otak kitorg cam dah pening. Aku type kat google "toddler wont sleep through night" pastu macam dah khatam dengan semua solution. Macam tak berapa jalan la.

Kalau padam lampu - mula la jerit - "Mama! lampu!" berulang2 kali
Kalau tutup TV - mula la jerit - "Mama! Ton Ton!" berulang kali (ton ton = cartoon)
dah lap muka, lap satu badan dgn air suam, tak jalan jugak
dah bacakan buku, tengok video kat youtube, tak jalan jugak
dah ajak baring same2, peluk dia, gosok2 badan dia, bg nak ajak tidur, tak jalan jugak
dah bagi makan nasik kenyang2, tak jalan jugak

Buntu weyhh

Ade suggestion utk kurangkan dia tidur siang. Ok kalau dia dah tidur pukul 6.30pg, dia nak kene bangun pukul berapa la pulak. My MIL try pukul 12tghari kejutkan dia, tapi tak bergerak pun. Dah pasang TV kuat2, lap muka, lap badan, gerak2 kan badan dia, bukak kelopak mata dia, statik je tak mo bangun. Last2 bangun kol 3ptg.

I really need to find way. Kalau hari2 macam ni boleh weng kepala kitorg. Ni bulan pose takpela sbb mmg kene bangun sahur etc. Kalau tak bulan pose, macam mane, takkan siang keje, malam tak tidur. Ni hari2, kalau pergi keje, selalu rase nak tertidur while driving. Kat office jgn cakapla, kadang tertidur kat meja.

Pastu, takkan kitorg nak biar kan dia berjaga, and kitorg tidur. Nanti kalau dia buat benda bukan2, main air ker, pi dapur bukak2 cabinet ker, lagila susah. So, salah sorang kene tengok la jugak. And Airyll ni pun ade satu macam, kalau kitorg berdua tidur, dia terlompat2 atas katil tak bagi tidur. Siap jerit2. Of koz la kalau jerit adik dia akan bangun. Huaaagghhh tension.

Malam tadi, we try Ferber Sleeping method. Ni maksudnyer biarkan nangis sampai penat sampai sendiri senyap. tutup lampu, then biar je nangis. Pekakkan telinga. But Afiz pulak tak tahan dengar dia melalak, plus, dia melalak sampai muntah 2-3kali. kesian lak. But, mmg dia penatla and dia tertidur awal malam tadi, pukul 3am.

Tapi, discontinue la with the method sbb takut pulak tengok dia muntah2 macam tu.

Please help. Aku sorang je ker yang menghadapi masalah macam ni, or ade orang yang senasib dengan aku?

p/s this picture was taken at 4am 2 malam berturut2. Khusyuk tengok kartun.

17 comments:

Liz Rohaizat said...

x pernah dgr masalah camni. kesian pulak kat u all. mesti ngantuk sgt di siang hari. ok, kalau la ada satu mlm tu dia tido awal mcm tgh mlm ke (hopefully jumaat ke), waktu siang tu penuhkan aktiviti utk dia. jgn buat kat rumah. bwk dia keluar jalan2, so dia x tertidur. biar dia lupa nak tido. mlm baru masukkan dia tido. set balik clock dia.

susah juga kalau x dpt solution

shakeymirza said...

simpati tapi tak tau nak bagi cadangan ape..
bantu doa dari jauh je..

okinokiyo said...

azza,
nasya dulu penah mcmni sbb apa tah. then i cuti, I betulkan tido dia balik utk kesenangan sejagat - mcm Liz mentioned memula tu. penuhkan aktiviti dia masa pagi tu, supaya dia mcm nak tido tapi tak tido, selalu I bwk gi playground alamanda jek. Sbb situ kitorg mmg duduk tepi jek biar dia main sendiri and lepas tu dia tido terus ok.

i pun nasya tido dah tak ok now ni, tpi still tido malam la, sbb i bgn lmbt, dia pun bgn lmbt gilerrrr. so nap dia lari sket. tp still put her nap kalaux dahla cranky nak nangis jek

zeta said...

xpernah dgr prob mcm ni..tp nnt aku cuba tnya2 kwn2..nk cuba bantu..sbb kesian sgt dgr kau cerita cenggini..

Elyn said...

aku pun tak reti nk bantu ko. try tye paed mungkin bule kot.

Farah said...

aku setuju cadang okinokoyo tu..ko amik cuti seminggu ke dan sibokkan die dgn aktiviti waktu siang..bawak pi jalan ke..janji jangan tidor..betullkan balik clock die.

macam anak aku ade skali tu die tido kol 1 pagi stret seminggu..tak larat weiii.aku kol 11-12pm dan lena..so aku paksa gak die tido..nangis2 la jugak..tapi sebab nak betulkan balik time die tido kol 9-10pm tu punye pasal aku buat pekak telinga je..

lagi satu budak2 ni jangan ikutkan sangat..hahaha nasihat dari sorang mak yang garang cam singa.

kalau berterusan lagi susahkan korang..dengan tak tidonye..kang accident plak tgh jalan sebab tertido sape yang susah?

Oyis said...

ya Allah, mesti penat gile u n afiz ye. setuju dgn saranan Liz, maybe pg2 tu kena paksa jgk siap2 kan dia, bawak keluar buat benda2 yg dia suka, like pkl 8 pg dah mkn roti canai kat luar ke kalo that's his fav food (ke bole tertido jgk?), then bwk gi playground, or try kids zone yg indoor playground tempat budak2 super melasak, etc.

psl ferber method ni, i personally x pernah buat, but i have a few friends yg buat, and yes, hati mmg kena kering, telinga kena tebal sbb budak2 akan melalak. on TV kat sini ada rancangan SuperNanny, or Nanny911 (utk parenting), and antara cara2 nak paksa budak tido is tutup je lampu and pintu, and let them cry it out. easier said than done, i know, especially kalo ada anak kecil yg lain. but those who do it swear that by a week, dah adjust balik waktu tido. the smaller the kids' age, the quicker this method works (as i heard it la).

this is just one link of Jo Frost (the Supernanny). i think ada byk lg kot kat YouTube, she's an expert at putting a child to bed. Maybe this particular one budaknya dah besar sket, but i think ada jg episode yg dia handle toddlers, but i didn't have time to find any
http://www.youtube.com/watch?v=tGXYtQ3Wt-Y

i doakan benda ni dpt fixed dgn cpt2. all da best azza!

Lin said...

biasa budak ni jadi aktif sebab kandungan gula dalam foods (makan coklat,gula²) before bedtime tu sbb diorang jadi hyperactive. sara pernah seharian tak tido (tapi waktu siangla),dia penat tapi ditahan mata tu + sebab ada kawan main.

by the time kul 7mlm dia dh ngantuk. dia akan tido ada masa sampai ke pagi, ada masa tu kul 12tghmlm dia bangun(mcm malam tadi), tapi bila dia bangun tu kitorang tak layan. just bagi susu, tutup lampu dan ajak dia sambung tido. alhamdulillah, menjadila setakat ni. ko tryla. mana tau menjadi.

sokong ckp fara, jgn ikutkan anak sgt.aku pun garang cm singa.kekeke

az1ra said...

Kami pun penah alami situasi ni.dan betul macm yang lain2 cakap kita kena cuti then betulkan waktu tidur dia balik.the first night mmg aku bawak Lisa masuk bilik then tutup lampu..menangis sampai muntah,lepas tukar baju ngan cadar aku tetap jugak paksa dia tido(kami bedua ja sbb laki aku tu cepat cair dgn anak) dan aku plak mmg buat pekak ja mlm tu..
first day adalah hari yang paling susah tapi jgn discontinue..2nd day aku paksa lagi tapi dia dah x muntah tapi dia main dalam gelap.last dia boring terus tido.Hari ke 3 dia dah start boleh terima keadaan tu dan alhamdulillah skrg ni paling lewat pun dia tido dalam pukul 11.30 malam.dan mmg kita xleh ikutkan sgt cara dia..kalau dia nak main biar dia main sorang2..jgn attend dia.aku doakan kau berjaya.

Puteri Satu said...

la hai.. jenuh ye... dah gitu... tapi tuhla.. try jangan kasi dia tido siang tuhla.. sebab dia dah puas tido siang tuh... sebab mlm dia berjaga... try jangan kasi dia tido awal sangat siang tuh... dan jangan kasi dia tido terlalu lama... siang 2-3 jam untuk budak2 dah cukup sebenarnya... selebihnya malam baru dia perlu tidur lama...

mOmmy of Triplets plus One said...

i would agree dgn wat others kate pasal keep him occupied. especially yg die nap malam tu 830pm-1am. if yg siang tu dh susah nk avoid kn sbb die kul 630 br nak tido, so mmg lah if first nk try tu, payah skit sbb u pun dah kate, kejut bagai nak rak pun kul 3 gak die bgn

so y not try avoid tido 830 - 1am tu, keep him occupied.

bile ade anak 2nd lagi susah nk biar kn die nangis smpai penat sbb sialp2 anak 2nd skali yg bangun join nangis. mayb can try biar ur husband tido ngan baby kat bilik lain while u handle die bilik lain. cam i nak taknk mmg i off lampu latest 930pm pastu buat lah ape korang nk buat.

i akn tgk sape paling ngantuk and tido kn yg tu dulu while the other 2 suke hati lah nk buat ape dlm gelap. pastu tido kn next and bile tinggal yg last tu (usually uzair lah) i akn siap tutup kunci pintu mmg takde chance die nk kuar bilik.

oh mayb u bleh acutally cabut plug tv, bile die suruh on u buat2 nk on and bile takleh on kate kt die rosak ;)

Khai M said...

Azza try amik cuti or hantar daycare kejap for 1 month ke sampai cycle dia betul balik.
Kat daycare during the days tu dia mesti tak boleh tido sebab banyak budak lain and mesti dia nak main je.
First few days dia akan cranky la sebab tak dpt tido betul kan but takpela tunggu sampai cycle dia betul.

LiAnA said...

dulu anak i mcm ni gak.. tapi masa tu dia below 1 yr.. kami adjust masa nap time tu.. paling lama bagi 2 jam jer.. kdg i bg 1/2jam jer.. pastu kejutkan ajak gi playground, shopping compleks.. tmpt yg bising ler.. u kena layan dia bg sampai letih.. betul kata kengkawan yg lain.. u kena amik leave dan adjust time tido dia..

tak bagus jugak utk dia.. sbb mlm tu yg penting utk rehat.. kita pun teruk gak sbb tak tido mlm huhu

IzzyB. said...

azza, dulu zara susah tdo gak. Not as bad as case airyll tp cukup lah utk wat aku panas hati.this, aku baca is due to aku bg susu tgh mlm. If aku x bgn, hb bgn. then bila baca2, tny paed, suma ckp cut d susu and everything else dat makes her happy. so aku berenti bg susu, tv and segala. but in stages.

think worse is d tv. cos they love all dis cartoon. so itu mmg kna ptg. instead of susu, bg minum air kosong. slowly dia sedar, takde privilage bgn mlm. and everything else la. aku dulu mmg tahan telinga la ko nak melalak ke apa suka hati, but melalak wont get attention eventho muntah. we just bersihkan muntah and went back to sleep. yg nak smbg nangis leh smbg nangis selama yg dia nak. this i recommend to be done dgn a parent dat he less close wit/yg lebih strong willed.

on mkn, rs aku pnh try okinokiyo's style kot cam bg dinner cam biasa and snack slightly b4 tdo. dis way tdo perut x lpr. so insyallah xde bgn tgh mlm lapar.

now aku dah cut suma tu, she sleeps thru d nite. mslh nak bgn pagi plak. so skrg tgh train suma kena bgn subuh. buka sliding, tgkp, lampu segala dgr azan. baru 1 hr, mcm ok.

apa pun, am no expert. beza aku dgn ko, anak aku leh nangis sekuat hati cos x kaco baby lain tdo. airyll mb kena dimovekan to other bilik with 1 parent and nangis sekuat hati, while dat parent tdo. with suma pintu bilik closed. dat way xde can nak kuar, blg brg and so on.

again, dis is only wat i did dulu. hopefully it will help u in anyway. and am still holding d stand, if ada award utk best mak in d world, aku masih bg kat ko award tu.

all d best!

Shairil Amirayu said...

I agree dgn farad tp xtaula whether u boleh amik cut seminggu ke tak... The Ferber method tu I tried on my son, worked after about 3 days... Tp ken a kentalkan hati la... My cadangan is to tut up tv terus... Kalau dia bising biarkan je... Dia dah terbiasa bust aktiviti siang time malam la tu...

.: Ain Rusli aka Ibu Qaisara:. said...

ya Allah..kroniknye masalah ko ngan apis neh..sian weh..
try anta nursery/daycare la weh..try..
pagi2 sebelum ko g keje tu kan,anta je even die tgh tido tu..nntdah ramai2,mesti die xnak tido sbb bising n nak main..kalau die tido tghari tu,nnt mesti pengasuh kat situ kene kejutkan sbb nak mandikan ke ape..aku rasa okla weh..try je..

btw..serius airyll dah gemuxx..hehehe

Anasfadilah said...

ramai dah suggest azza cara nak atasi masalah,memang kalau tengok nanny911, kalau ada nap time,ikut nap time,walaupun selama ni tak pernah nap,kasik gak tido dalam katil dia

kalau dia ngantuk bukan time nap time,bangunkan dia jgn kasik tido,pasal nanti malam tak nak tido plak kang.

betullah,hati kena kering bila tiba bab macam ni,saya pun still tak berhentikan puting Ziyyad,pasal hati tak keringggg.agagagaga

p/s:: azza,all the best ye,harap berjaya :)InsyaAllah