Wednesday, 2 June 2010

pengalaman melahirkan anak secara pembedahan / emergency ceasarian

It was Tuesday 18 May 2010. Pukul 6.50 pagi aku bangun dan air ketuban dah keluar sikit. Tapi tak sakit. Mandi-mandi then siap nak pergi kerja. Semuanyer macam biasa.

Pukul 7.30 pagi rase macam sengugut sikit. Tapi still boleh tahan. As aku dah ade pengalaman melahirkan anak, secara normal, aku tau sakit macam tu bukan tahap to the max aku boleh terbersalin. So, memang plan nak pi kerja sebab on Monday aku dah mc, macam bersalah lak nak cuti lagi. Lagipun, plan nak pi TM Point on the noon nak settlekan bil internet.


At 7.45am, sengugut yang aku rase tu macam makin sakit. Ok..consider it contraction. Afiz suggest tak payah pergi kerja. So, bukak tudung balik dan duduk rest kat sofa. Afiz belikan breakfast nasik goreng + ayam goreng + sambal telur. Aku makan beberapa suap je. Afiz off pergi univ sebab dia ade kelas in the morning.

Pukul 9.30am parent Afiz sampai rumah. Contraction yang aku rase main kerap. dalam 15 minit sekali. But still, itu aku rase bukan tahap max untuk bersalin. Aku predict aku akan bersalin around petang or lepas maghrib. Aku call Afiz around pukul 10.30am cakap aku nak pi hospital. Sebab aku macam dah tak tahan. contraction makin lame makin sakit. Call Abah sambil nangis cakap aku dah sakit nak bersalin. Sambil tunggu Afiz aku kemas beg hospital & mandi.

pukul 11.30pg Afiz sampai rumah dah terus bawa pi HUKM. Terus ke bahagian emergency O&G. Nurse check berat & urine, then kene baring untuk pasang CTG kat perut for fetal heartbeat & urine contraction. Adik aku, Aida, temankan dalam bilik pemeriksaan. contraction makin kerap around 10min sekali. aku rase bukaan rahim aku dah dilated dalam 5sm.

Pukul 12.25pm sorang doktor perempuan datang. aku pun tak perasan nama dia. dia check jalan kat bawah & cakap dah 8sm. Dia suruh nurse siapkan cepat dan terus masuk ke labour room. Aku macam tak percaya gakla dah 8sm and doc cakap aku boleh bersalin around 2 hours later. Sebab contraction yang menggila aku rase tu, still belum yang tahap max yang aku rase masa bersalinkan Airyll.


Pukul 12.45pm aku dah dalam labour room sambil Aida & Afiz teman kan. As aku patient private, aku boleh pilih sape boleh teman aku dalam labour room. Then Doc Raihana datang. Dia cakap Prof Hashim lambat sikit and suruh dia attend aku bersalin. Aida cakap Doc Raihana is one of the specialist kat HUKM dan lecturer dia yang paling garang and tegas. Tapi, dia okla masa bagi attend aku. Nice sangat. Dia inform Prof Hashim lambat sikit sebab dia OTW from UM & dia kene sambut baby aku. Tapi dia dah inform and 3G about condition aku kat Prof Hashim.Ni gambar dalam labour room.Dalam labour room, nurse tukarkan baju, pasang CTG dan tiub ke saluran darah. Doc Raihana pun dah siap tukar baju & prepare tools untuk aku tinggal teran. Dia cakap, nak pecahkan air ketuban. Bile dia check jalan dah fully dilated 10sm but tetibe dia cakap ...

"Ok.. dah fully dilated, tapi i tak dapat rase kepala your baby. tinggi lagi. please you jangan teran, takut keluar tali pusat dulu or anything else. I terpaksa bagi option for your for ceasarian. Tengok heartbeat baby pun dah makin low".

Aku rase macam terawang-awang kejap. Cepat-cepat mintak gas dari nurse sebab aku dah rase macam nak meneran tapi Doc tak bagi teran. Aku cube nak rase tenang sebab lepas ni kene bedah.

Doc Raihana tanyer Afiz ape decision. Afiz cakap proceed dengan ceasarian. Memang aku menangis lepas tu, tapi bukan menangis nak kene bedah, tapi menangis sebab aku rase sakit gile betul dengan contraction. Memang betul-betul max.

Dalam pukul 1.00ptg, dua orang doctor chinese masuk labour room dan mintak aku sign something. Aku rase macam kebenaran nak kene bedah kot. Then, nurse cepat2 siapkan aku dan sorong ke operation theather. Siap pasang cathether lagi. Yang saluran kencing tu. Perkara yang aku paling benci skali. Yerla, lagi sakit dari Doc masukkan jari.

Masuk operation theather, Prof Chua pakar bius dah ada kat situ. Contraction masih menggila lagi. Nurse angkat aku tukar ke katil operation dan aku disuruh duduk melutut untuk inject Morfin ke tulang belakang.Lepas injection, Prof Chua baringkan aku. Dia cakap dah inject bius and kejap lagi Doc Raihana akan mulekan operation. Aku cakap dengan Prof Chua & Doc Raihana, aku nak Aida & Afiz ada dalam operation room masa proses pembedahan. Nurse terus panggil diorang masuk.


Lepas kene bius, rase macam badan lumpuh separuh. Aku cube nak gerakkan kaki, tapi tak dapat gerak pun. Dalam hati cakap, macam ni la rasenyer bile orang kene sakit lumpuh. Huhu.Masa operation dijalankan, aku tak rase ape. Aku pegang je tangan Afiz dan rase macam perut aku kene pegang-pegang. But tak rase sakit. Sampaila aku dengan bunyi baby nangis. Garau semacam. Aku nangis bile dengar bunyi nangis baby.Then dengar Doc Raihana cakap -

"Oh..what??? Uri dia 1100gram? beratnyer"

kata adik aku normal uri around 700gram even beranak kembar pun. keke. Aku punyer kire terberat jugakla.Nurse letak baby atas dada aku suruh check baby gender. Aku cakap boy. Aku tanyer Afiz, cukup sifat ker tak, Afiz cakap, Alhamdulillah cukup. Comel.
Proses jahit balik pun aku tak rase ape. Lepas siap semua, nurse bawak aku ke satu bilik untuk monitor tekanan darah aku selama 2 jam. Dalam pukul 4petang baru aku dibawa ke Wad Songket di Tingkat 7.Sepanjang hari Selasa tu memang tak rase sakit. Rase kebas je. Nurse yang tolong buat semua. Mandikan aku, bersihkan pad, tukar bekas air kencing. Alyff pun nurse yang tolong jaga kat nursery room.Aku memang totally tak bermaya. Aida cakap, nasibla aku patient private semua nurse buatkan. Kalau kat bawah (kat wad biasa), semua kene buat sendiri. Kene bangun sendiri pergi toilet. Baby pun kene jaga sendiri. Malam tu Mak Afiz yang temankan aku tidur kan bilik.
Hari kedua baru aku rase sakit sangat. Lagi2 kat tempat luka kene bedah tu. Badan memang rase sengal la. Masa ni la aku rase seksa gile. Dahla tak bermaya nak buat ape2. Nak bangun pun tak larat. Aku cume baring dan 2 jam skali nurse antar baby untuk susukan. Alhamdulillah Alyff terus pandai sucks lepas lahir. Tak macam Airyll. Susu memang tak kuar sangat masa aku picit-picit nipple. Nurse cakap diorang top up pakai susu formula.

Hari ke dua ni pun nurse yang tolong buatkan semua. Sampaila petang kawan Afiz datang. Dia fisiotheraphy specialist kat Pantai Hospital and ade kursus kat HUKM. Dia paksa aku bangun jugak, jangan asyik baring je kalau tak lambat baik. Afiz tolong aku bangun. memang seksa la nak bangun. cuba jugak jalan beberapa tapak. Afiz cakap mind kene positif. Jangan asyik fikir sakit je. Aku cube kuatkan diri. Petang tu aku cakap nurse bolehla bukak tiub saluran kencing tu. So, kalau rase nak kencing, aku akan terpaksa jalan ke toilet. Malam tu pun mak Afiz yang temankan aku kat bilik.

Hari ke 3 dah kuat sikit. Prof Hashim datang nak bukak balutan luka. Takut gile rase. Tapi tak sakit.
Then, dia cakap boleh pakai bengkung tapi belah atas la. Dia check semua ok then boleh balik petang tu. Lepas paed HUKM - prof Bilkis check Alyff, aku pun siap-siap nak balik. Prof Bilkis cakap Alyff kuning sikit, kalau teruk dia suruh bawak ke hosp on Monday.
Sebelum balik, kene settlekan bil. Ni la yang kitorg kene. 3 hari 2 malam di UKM Specialist. Bersalin secara ceasarian. Dulu masa Airyll, beranak normal, kene Rm2800. Aku rase syukurla dapat beranak kat sini sebab memule desicion kitorang nak ke Hosp Putrajaya, but last minute tukar plan dan beranak private. Memang syukurla sebab nurse banyak tolong and aku tak pressure. Sebab tu kos untuk nurse je aku tengok Rm1000++. Nasib la. Duit boleh carik. Service yang baik yang aku perlukan di saat2 aku nak bertarung nyawa. tak kisah la orang lain bayar belas-belas ringgit je beranak operate kat gov biasa, tapi sebab aku nak servis dan keselesaan aku.

Okla. Itula pengalaman aku. Sampai sekarang aku masih teringat2 sakit hari ke dua lepas bius hilang tu. Tak boleh lupe. Tak macam beranak normal, lepas baby keluar terus hilang rase sakit, terus lupe rase sakit bersalin macam mane. Lepas ni memang aku bercuti dari mengandung jap la beberapa tahun, sebab aku rase aku akan ingat sakit tu sampai beberapa ketika. Padanla beberapa kawan aku yang beranak ceasarian macam lambat-lambat je nak plan nak mengandung balik. Rupenyer diorang still rase ngilu2 kat tempat luka tu lagi. Tapi, aku takdela stop terus. Aku nak terus berusaha untuk baby girl lak nanti. Keke. Tapi, for sure, aku lebih prefer beranak normal.

Ramai yang pelik apsal Afiz boleh masuk operation theather. Siap adik aku pun masuk skali. Aku rase sebab UKM specialist beri kebenaran untuk suami masuk temankan isteri. Adik aku pulak dia memang student kat situ. And bile aku request untuk diorang masuk, Doc terus bagi. Cume tak boleh ambil video or gambar la dalam operation room. Kalau labour room boleh.

Kesimpulannya, aku tak saba nak tunggu Alyff besar. hehe. Skang nak handle newborn, nak mandikan still gigil2 lagi. Tapi, terpaksala. sendiri kene buat.

p/s nanti aku buat entry testimonial pasal confinement lady from Shadira Beauty eh.

36 comments:

Jiey^Mien said...

wahhh 5k++ kira ok la..
bleh la consider neh..
jiey ceaser kat Pantai Hospital kena RM8K..
3 hari dua mlm gak..
Ish,leh save neh..

Farah said...

ekekeke baru ko tau kenape kitorg lambat sikit no 2 ni..memang fobia jugak beranak c-sect ni bab nak start bangun tu la.,

ok jugakla charge die tu..sama cam pusrawi tmpt aku beranak dulu..mcm ko jugak la..aku pon pentingkan keselesaan..takpela berhabis sikit.

MeL MikaiL said...

huhu mmg sakitlah azza bersalin caesar ni. i smpai skg trauma k. tp i pelik lah ade org tak sakit tau kena caesar, kebal ape perut drg? hehe..

i kena rm6.4k tuk 5 hari kat demc. bilik i amek VIP terus. service marvelous! tak rasa rugi bayar mahal2 yg penting service bagus! kan..?

Naz-Segalanya disini said...

Hai azza..baca pengalam awk teringt saya emergency csect juga.Tp bezanya air ketuban saya 2hr pecah tp saya xda contarction langsung n wlupun dah induce dgn 3kali ubat still xda jalan.Memang masa operate xsakit.Tp sakitnya selepas itu dan saya msih lg berjalan mcm robot hingga 40hari.Rasa tensen sgt.Pape pun tahniah atas kehadiran alyff..saya xserik kene ceaser n masih berusaha bg Rikazz adik tp Tuhan belum nak bg.now Rikazz 1thn 4bulan.Doakan saya dpt yg 2nd k

DYLA said...

menarik harga UKM specialist. betul azza. seriau pikir bersalin cezer. sbb tu, saya terfikir3 bila nak preg lg. ( dah 2 kali cezer tp still tak dpt nak handle rase seram tu)

Hidayah Shafiruz said...

ur boy is sooooooo cute! (",), sempga cepat sembuh!

Lin said...

heh aku kene toreh pertu 2cm je sakit ngilu 2minggu tak ilang..cmnela klu beranak csect,tak dpt imagine cmne sakitnya...hm hopefully dpt normal gak pasni..tak sabar nk 2nd plan plak.hehe

Elyn said...

aku yg normal pun masih trauma nk beranak azza oii.. kalau kene csec tah camne lak nnt. perghh mntk dijauh kan!!!

Iryani Noor said...

seram sejuk aku baca entry ko nih.. be it normal or c-zer, proses tu mmg menakutkan.. terbayang saat bertarung nyawa nk kuarkan sofia dulu...

btw 5k++ tu consider ok for c-zer.. member aku bersalin normal kt sjmc kena 4k++ (sjmc tu mmg mahal giler lahm tp service mmg tip top..)...

dulu time aku nk bersalin kt private pon ramai yg pertikaikan.. tp aku pon mcm ko gak, nk keselesaan. lg pon kalau company mmg ada kasi allocation utk bersalin kenapa tak nk guna kn... kire top up sikit je.. mmg berbaloi =p..

Zuhaini said...

oh.. gitu...

bersalin di HUKM yang private wing ke..?

Fid said...

5k juga!perghh ala2 nak cecah private gak laaaa

Fid said...

ahaa
mmg kalau c-sect kita kena semangat lebih dr kederat hahaha

A D I A said...

ttiba menangis2 i baca entry u ni. takut la nanti i kena caesar gak, palcenta previa :( i pilih ppum private wing kot, jauh la hukm.

Mrs.R @ Emi said...

azza...sy rasa takut nk bsalin lg bila bc entry awk nih ..eeee.mcm terasa je sakit tuu...

Moro For Tomorrow said...

hmmm...funny jugak ramai yang seram sejuk pasal nak bersalin lagi..tapi ingatlah,ade satu 'ketika dan masanya' tanpa disedari dengan penuh keseronokan dan kegirangan,puan-puan semua lupa sakit tu..dan tiba-tiba bersedia untuk baby yg baru! bila ketika dan masanya' itu? u'll know ;) hihihi..

Psyche said...

azza, bergenang-genang air mata baca entry ni. semoga awak cepat sembuh ye.. nanti kami pi melawat (asyik tak sampai jeeee... sebab tak jumpe hadiah menarik. hahaha).

fizamior said...

azza, i sama mcm mel... bil kitorang lebih kurang jek sbb hospital pun sama.. hehehe....


okeh, org yg mel maksudkan tak sakit bersalin ceaser tu adalah i...hakhak... i tak rasa contraction pun... tau2 jek baby dah keluar... lepas tu, mintak kat doctor pain killer after delivery... sebab taknak rasa sakit punya pasal.. hehehe.... 2nd day i dah terus bangun and jalan tanpa memanjakan diri... and alhamdulillah takdelah rasa azab sgt... syukur!

LynnLyana said...

wah!wah!wah! encik moro...pandainye dikau bermadah pujangga..saya harap lepas ini, awak boleh tulun aza pakaikan barut ye...pakai barut kemas2 tau...demi menjadikan aza kembali langsing..
hehehehehe

Almiraz said...

Apa-apa pun you have faced them both (normal + C-sect)....congrats dapat baby lagi...takpe, dosa2 kecik u dah hilang...bukan kita yang mintak c-sect kan?....baby yg takleh kuar..apa2 pun u take care...

Puteri Satu said...

pada akak yang tak pernah beranak normal nih... rasa seram bila orang citer part beranak normal.. part baby nak keluar.. n part jahit kat bawah tuh... ada yang kata rasa nak tendang muka doktor la memacam.. huhuhu itu yang akak rasa.. hish.. c-ser lagi bagus ape... tak rasa apa.. tetiba dah dapat baby... rasa sakit tu... memang ngeri sikitla masa 1st time nak bangun tuh...

iswatie "colours of life" said...

x pernah rasa c-zer..mintak rezeki no 3 nih nih pun normal..n mmg pilih private coz nak keselesaan..

naiey said...

Tahiah azza...tkut gak dgr citer ni..doa sgt2..dpt bersalin normal for my 2nd baby nanti...keselesaan tu sgt penting...betul tu..duit boleh cari...anyway take care..selamat berpantang...

Marsha~ said...

congrats azza... seksa eh beranak cser..... haih.. janji selamat dah semua

isabelle said...

mudah-mudahan i dpt bersalin normal lagi kali ke2 nanti.
wuihh..mahal gak bil ye??tapi yg penting, u selesa..ok la tu.

Am said...

ok la kut aku rasa ko kena 5k+ sbb cousin aku yg mcm ko (try normal pastu kena cser last minute kena 11k+ kat demc... sbb kena charge dua2 skali...

rasa berdebo jugak nk tunggu lagi 4 bulan camne nasib aku plak...syira dulu normal tp tu la, aku harap yg no 2 ni pun normal gak la...

Ina Hashim said...

salam ziarah...

thanks for sharing ur czerian experience..tapi i wonder la..doc ada bgtau tak nape baby masih x turun walaupun dah 10cm dilated?uri kat bawah ke?

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

rasa serik nak bsalin masa sakit contraction tu ja.. ya allah..

tapii tertelan air liur ni baca sakit lagi bersalin czer azza..hu

xpe azza..jaga diri baik2.. bagi luka tu betul2 sembuh.. pantang skit dgn makan oke..

yana bsalin anak 1st kat gov kena RM belas2 ringgit tu la.. sbb ada GL.. anak ke2 kena RM2k bslin kat KMC a/staq.. normal dua2.. ok la tu..

tp hb prefer bsalin kat prvt ja pasni sbb byk karenah sgt kt gov tu..

Diyana Zulkifli said...

aku bkn berbelas rm.ratusan sikit.tp foc sbb gl.kita sama2 tggu anak2 masuk tadika dulula,baru pk nak tmbh no 3..:)

5577 said...

ya Allah azza, kite mmg terblk laa, baca pengalaman u 2nd time ni sama masa i bersalinkan nadhrah dulu...

aah i pun prefer normal...

azila raffie said...

uii azza..
seramnye branak ceaser. huhu!
bil mahal pon, janji puas ati...
ok laa tuh kan..

mummy_adam said...

takunyer.. i yg beranak normal pun trauma lg nie kalau cser lg lah..

shakeymirza said...

comel alyff. sebijik cam muka airyll hehe..

noris said...

eh, masa i dulu, Dr bius dulu baru masuk catheter, so x rasa sakit hehe...

tang sakit lps bersalin tu, mmg hazab sgt2 la kalo c-sec. hari pertama x terbangun, hari kedua i bgn tu, terus nak pitam. siap jatuh darah beku lg sebesar tapak tgn kelepek2 bunyinya jatuh ke lantai (kesan lps op). masa tu la sakit paling dahsyat pernah rasa spjg hidup. x tau la mcm mana org dkt hosp gomen bole handle bgn sorg2. respek!

btw, my bills kena dlm RM7K. mcm ok la HUKM specialist kalo gitu :)

apa pon, syukur semua slmt. at least ud ah ada dua2 pengalaman normal n c-sec

Iron Butterfly said...

babe,

first of all congrats. aku tatau mase ko comment kat fb aku ko dah bersalin. sbb ramai sgt org so a lot of ppl tak keluar kat home feed aku. huehue.

comel anak ko, macam girl. heh.

bile baca pasal lepas beranak terus lupa, aku teringat Arwah Akita cakap kat aku dulu, "Giving birth is damn painful but God is so Great he made us forget how painful it was. I forgot so I got pregnant again, only when I was about to deliver the next baby I remember why I waited to have the next baby".

now all three of her kids are my students. sometimes tension tapi since aku dapat rasa budak2 tu macam dah suka and sayang sikit kat aku, aku sabar je la dengan karenah diorang.

tsk.

selamat berpantang, and semoga dapat pre-wedding weight ;)

i_sofia said...

hi azza... saya dulu pun csect jugak.. sbb baby dah berak dlm perut.. bil pun lebih kurang mcm awak. tp x kesah sbb keselesaan kita esp 2 ari lepas bsalin tu.. maksu saya baru csect kat gov., sian, menangis2 dia sbb dah la badan x cukup kuat, nk kena jaga baby lagi.. huhuhu..
neway.. selamat berpantang ye!

i_sofia said...
This comment has been removed by the author.