Wednesday, 28 April 2010

makanan dalam pantang

masa aku dalam pantang bersalinkan Airyll, my mom used to cook this like macam everyday ok. so hari-hari aku mengadap makanan ni for about 2 weeks aku rase.

ikan bawal masak singgang. letak halia & lada hitam banyak-banyak. Lepas makan badan terus panas je.
pics from here.

kadang-kadang, adelah ikan siakap stim letak halia banyak-banyak. Ini beli la dari kedai. Satu kedai makan - PERAHU kat bandar BP. Memang sedap.

Ohh.. mesti aku miss ikan bawal masak singgang air tgn mak tu nanti. nasib baik aku sempat belajar which is so senang rupenyer. aku cakap dengan Afiz that, by aku beranak nanti aku nak air tangan dia pulak masak singgang ni untuk aku. Dia macam ok je. Hehe..

And lagi satu ikan cencaru bakar. Cicah kuah kicap + perahan limau. Makan dengan nasi putih panas-panas. Hmmm... belum beranak pun dah rase macam nak makan ni aje hari-hari.

BTW, please share food yang korang makan masa dalam pantang especially food yang mak korang prepare masa jaga korang. Aku nak google resepi lepas tu compile, file kan siap-siap letak kat dapur.

Thanks ya...

26 comments:

nadnye said...

Ingat dulu, mula2 sekalai makanlepas beranak mesti makan ikan haruan masak sup.. panas2 heaven sebab mmmg lapar..
Simple jea macam biasa, bawang, halia dan lada hitam dan jangan lupa daun bawang.

Satu lagi yang best kerabu, campur jea semua ulam2 yang sesuai macam pegaga, ulam raja dll, hiris kasar kemudian gaulkan dengan air asam jawa yang dah dicampur ngan lada hitam..atau campurkan dengan ikan yang dibakar kemudian ambil isinya gaulkan dengan ulam tadi..

Kalau pantang lauk sedap bukannya kurus pun tapi yang penting kena makan nanti susu plak kurang..:P

mamaAliff @ salmi said...

azza, aku dlu ms pantang mak aku slalu gorengkan aku ikan keli kering. mmg sodap mkn ngan masak air ke singgang ke..mak aku beli keli kering dr kwn dia..so blk juz goreng so ari2 hadap pn aku xjemu sbb dia rangup2 gitu hehe..spjg pantang kt kg tu la yg aku hadap..mmg ok je..xde muak pn...sbb dia ikan kering kn so ada masin2 sket..ekeke..

Hanz said...

azza...me sup haruan or haruan bakar mula2..pastu dah 2 weeks, beranilah makan ayam kampung black pepper kering2, sup sawi, buah anggur, kismis & kurma...

me tak pantang minum air banyak2 sebab BF

me ada buku resepi dalam pantang...berminat? wink!

isabelle said...

i mkn mcm kwn2 lain gak.
but antara lain yg melelehkan air liur adalah ikan bilis goreng dgn lada/halia...
ikan bakar, ikan stim...slurrppslurpp...
yg penting, nasi mesti panas.

A D I A said...

ikan masak jeruk (cuka), hati goreng lada hitam, ikan masak singgang. rotate tu je sampai edkbdjemu.

MamaAimy said...

Menu paling simple sy penah mkn dlm pntang ialah nasi mkn dgn sup sawi (rebus sawi dgn air n garam jer) then mkn dgn serunding daging(serunding kering ader dijual kt pasar mlm)

NZZ said...

Hi,

My mom selalu masak daging masak lada hitam and ginger, sawi utk banyak susu, plus minum air kunyit for 7 days and air sepang hari hari..

mummy_adam said...

samalah selalu nyer menu yg sup2 nie, pastu nk meriah sket goreng ikan bilis or serunding.. sodap..

tp ikan cencaru bakar ngan kuah kicap tu sgt sedap.. i suka bakar dlm microwave jer, senang :)

Jiji said...

-urmmm sop ayam kg letak bawang putih banyak banyak... lada itam.

-Ikan bakar/salai tgk spisis jugak laa..

bahana minom ais kat ujong ujong tempoh tuh.. kaki aku bila bangun tido pijal lantai mencucuk... lps tu ada tukang urut soh aku berpantang ais 30 hari .. now takda dah

Mrs.R @ Emi said...

azza, u jd ke amik org yg jaga masa dlm pantang tu?

my MIL slalu masak singgang..sup ayam..sup sayur..ikan bakar/ayam bakar....ulam pegaga terbaekk utk tambah susu

lin said...

ikan tenggiri dan pucuk pegaga tumis kunyit dengan lada hitam.elok mkn pegaga ley bykkan susu.msk banyak2 takpe.tahan simpan dlm 2ari.

klu ikt petua org banjar,mkn ikan haruan goreng cicah dengan bwg putih+lada hitam wt cam air asam. elok..

jgn mkn byk sgt berkuah-perut buncit.huhu

azzamoro said...

Emi - jadik, i amek 7 hari je. lepas tu plan nak balik batu pahat jap dalam 2 weeks then sambung full kat KL la..

Psyche said...

saya makan ayam hampir setiap hari. hohoho. sebab saya tak suka makan ikan! ayam+kentang. pastu makan sayur turi masak lemak.

Moro For Tomorrow said...

ni nak berpantang ke nak melantak ni? mana satu ni? adei.. :P

azzamoro said...

moro - pantangla. tapi pantang makan benda yang sedap dan menyelerakan.. hehe

Mrs.R @ Emi said...

hahaha..moro ni pandai la wat lawak...sup ikan haruan pon cedap gak azza...my MIL buat best..xhanyir...u suh moro praktis siang ikan haruan n masak :)

azzamoro said...

emi - mane nak carik ikan haruan aa? tesco / carrefour ade tak....keke

lin said...

meh aku tolong jawab...ada.hsband aku dulu cari kat giant je.beli yg besar tu.

klu ko berani,ko telan anak ikan puyu idup2 cam kawan akak aku..cepat ilangkan luka.tapi gelila..menguit2 ikan tu kt anak tekak.

nadja said...

best la kan at least ader orang jaga masa pantang.. macam sayer nih dah la mak tak der.. MIL plak malas nak jaga.. jadi dengan kudrat yang adaer sayer jaga sendiri jer makan pakai dan baby.. sedey nyer..

Queen of Pirus said...

lawak la si moro tu..cakap kat dia menu makan perlu ada, tu salah satu motivasikan diri..kalau akak bakar je ikan & dicampurkan ngan hirisan b.putih & merah, halia, serai, asam keping, minyak zaitu sikit & garam. kalau ada daun ketumbar pun boleh letak. ni akak yg reka sendiri, masa emak dah meninggal hari tu. kalau emak akak dulu2..selalu dia buatkan ikan goreng atau sup2..tapi dah lupa dah...tau makan je time tu & ingat umur dia pjg lagi kot..bila time2 dia sakit, tak sampai hati pulak nak mintak resepi2 tu..takut dia kecik hati..bila tau aku dah nak pegi, baru terhegeh2 nak minta resepi..huhuuuuu.

dbalkis said...

antara yang saya suke selain singgang tu ialah ikan bakar (selalunya tenggiri or bawal) with black papper makan dengan sambal kunyit..sambal kunyit tu, tumbuk kunyit hidup dan bawang putih, tambah sedikit garam. Makan dengan nasi panas. Saya allegic(tak le telan)air kunyit so my mum kasik option buat sambal kunyit tu.konon2 sambal belacan la..

Air pegaga and kerabu pegaga dan ulam2 lain saya pun suka..

Then ikan bilis, selain goreng seekor2 boleh tumbuk, tambah lada hitam n bawang, goreng minyak sikit je..sangat sedap..or buleh juga buat ikan bilis masak asam..ada kuah2 sikit..nyum2!!!

tapi kalau berpantang betul ada orang tak makan minyak langsung. For me lepas 2 minggu baru makan minyak tapi sikit2 je..ikan still bakar or singgang or sup sampai ke sudah 60 hari..

Moro For Tomorrow said...
This comment has been removed by the author.
mancet said...

azza..mak aku masak ikan haruan rebus dengan chinese ginseng yg ko bole bli dekat kedai ubat cina..ikan haruan tu cuci dan siang bersih2...bila rebus ngn ginseng tu tak hanyir pon..sedap jeeee..simple je resipi..tayah bawang sume..ko kene train affiz siang ikan haruan :P

azzamoro said...

moro - ni kan petua org melayu. berpantang cara orang melayu. kalau mak awak bg petua org melayu, awak beria ikut je betul tak? seperti kalau airyll tersedak kene tiup ubun2 which is mat saleh takde buat pon. hehehehehhe

eh adela set bersalin amway. kan saye pakai masa bersalinkan airyll. yerla, mane ingtkan. ni pun tgh nak order lg sebab adelah sgt bagus.

Drama Mama said...

haaa sedap tu nampak. myaunty masa i bersalin dulu masakkan haruan masak kuning camna tah. tapi sangat sedappp. kuah dia pekat2 sikit tak macam sup, dia letak halia and black pepper tumbuk.

i suka makan masakan black pepper based time pantang.memang yummy!

Elyn said...

mak i msk mcm2 semua tak lalu dgn tekak ni. so hari2 i hadap tenggiri bakar dan sawi rebus je. huhuh itu la mknn i time pantang!!