Monday, 8 February 2010

Next step – langsir untuk rumah

Macam yang aku cakap aritu, aku kan tak pernah pi Nilai 3, pastu tak pernah pi kedai langsir pastu tak tau nak tempah langsir kat mane kan.

So, kitorang pi la Ikea (as Azrin suggested sebab dia cakap Macy mahal & cam rumah mak datin kang rumah aku.. akeke).. untuk pilih fabric dan tempah jahit as well.

Adelah rush nak beli langsir sebab dah pindah tapi langsir rumah takde langsir lagi, so macam wayang la orang luar nampak ape kitorg buat kat dalam. Kitorang main sangkut je langsir ape yang ade even dah macam cacat sket sebab tak cukup panjang.

So, takdela lama sangat proses nak pilih fabric sebab kitorang pi dah malam pastu Ikea nak tutup dah. Itu pun Afiz tetibe terfikir(pas balik keje kol 8 mlm oke), eh jom la kite pi Ikea je tmph langsir. Pandaikan. Sungguh kelam kabut.

Untuk rumah kitorang buat 5 tingkap. – 3 bilik, satu sliding door, satu dapur.

Sebelum pi, kenalah ukur panjang dan lebar tingkap rumah.

Then pilih fabric. Memang rambang mata. Fabric ade macam-macam tapi pilih ikut budget la. Yang cantik memangla mahal kan.Pastu, pilih design langsir yang kite nak. Untuk rumah saya, semuanya saya pilih hidden tab dan untuk sliding door adelah tab top heading with Velcro.

Untuk hidden tab, sewing service satu helai langsir = RM25.00. Satu tingkap perlukan 2 helai. So, untuk satu tingkap = RM50.00.

Untuk tob heading with velco pulak, sewing service untuk satu helai langsir = RM28.00. Sliding door perlukan 2 helai juga.

Untuk curtain rod sliding door, adelah ini.Dan untuk tingkap2 yang lain, adelah ini.Staff Ikea akan tolong buatkan bajet berdasarkan jenis fabric, ukuran tingkap dan jenis langsir yang kite nak.Setiap tingkap rumah saya guna fabric corak yang berlainan.Staff akan potongkan kain ikut meter yang kite beli, lepas tu pi bayar untuk harga fabric.Kaunter untuk sewing adalah lain ok. Memandangkan masa kitorang antar kain ke sewing service tu dah ujung bulan 1, maka dia cakap 2 minggu baru siap, sebab dah nak CNY dan semua sibuk nak tempah langsir baru.

Lepas dah siap dia akan call, then masa nak ambil baru bayar sewing service. Cash ok. Tak boleh hutang or credit card or installment. Akeke (yerla, aku dah selamba keluarkan credit card, last2 kene cari ATM lak).

Kualiti jahitan langsir kat Ikea takdela memuaskan hati aku sangat. Tak kemas sangat sampai aku rase macam aku jahit sendiri lagi baik. Tapi, itu aku rase je la, belum cube jahit lagi. Takut senget jugak. So, aku bagi 2.5 bintang dari 5 bintang dan tak recomend la kat korang. Pi la carik kedai lahit langsir yang lagi murah dan boleh jahit yang lebih baik.

So, untuk rumah aku, untuk segalanya berkaitan dengan langsir kitorang abeh nak dekat RM600. Amek ko pakai la sampai rabak dan lusuh baru tukar baru. Lepas tu, terus tobat taknak datang Ikea selama beberapa ketika sebab rase macam dah banyak menderma kat Ikea neh. Akeke..

Ini baru pasang 2 tingkap. Yang lain minggu depan sebab Afiz cakap dia penat nak drill dinding pasang curtain rod tu. So tingkap lain still pakai kain batik lagi. Haha..p/s interior designer kat umah aku ade la Afiz ok. Tukang kemas dan segala susun atur rumah semua dia. (ni aku nak bg credit la ni). Aku baring je sambil tengok Raja Lawak yang tak lawak sebab sakit pinggang sepanjang wiken. Keke..

p/s/s jangan pelik dengan sofa rumah yang dah macam CNY. Cushion cover satu cushion RM130 ko. Tunggula duit tabung penuh.

30 comments:

lin muhamad said...

cun..aku suka la ko nye sofa..merah membara!!!

Zety Zin said...

suka langsir yang kalerful itu. sungguh comel!

Zuhaini said...

saya suka langsir bunga-bunga tu.. ceria! :)

Hasliza said...

suka laa warna sofa tu..btw,comelnya the matching design langsir ngan sofa tu.pandailaa afiz wat interior design..dia nak amik upah design umah aku tak?hehehe..btw,happy to see u that day..:)..sayangnya tak dpt borak lelama

~ As ~ said...

sofa tu yg lawa... merah menyala...

az1ra said...

matching apa sofa merah dan langsir hitam tu..cantik la sofa tu

Ummi Salsabila said...

taste sofa samela.merah membara.tapi bab design langsir ni mmg i xreti.men pilih je.hehe.

cun & suai je i tgk curtain tu.hage dia pun ok.

Ummi Salsabila said...

taste sofa samela.merah membara.tapi bab design langsir ni mmg i xreti.men pilih je.hehe.

cun & suai je i tgk curtain tu.hage dia pun ok.

shakeymirza said...

suka langsir itam putih tu..nampak macam naik seri bila matching dgn sofa merah...i like...keke

Mrs.R @ Emi said...

pandai afiz!!!senang keje awk azza oii!!

Farah said...

aku nak hire afiz jugak la jadi interior design umah aku nanti hahaha verangan! umah sendiri pon takde lagi..aku suka deko ruang tamu ko..sofa merah pon nice!

Lin said...

aku plk suka meja ..meja kaca mmg cunnnnnn!!
ekekeke

Lin said...

aku plk suka meja ..meja kaca mmg cunnnnnn!!
ekekeke

Psyche said...

cantek!!!! Semua cantek!!! hahaha.. begitu berdaya kreatif suamimu itu. deco tak nampak too masculine and tak juga nampak too feminine! begitu neutral (takat yang nampak tu lah kan).

MeL MikaiL said...

kat macy ada promo CNY, curtain satu rumah dr living hall ke bilik2 dia charge rm499 je termasuk dtg rumah amek measurement, workmanship + rail utk curtain skali..berbaloi2!

e.l.i.s.s.m.i.e said...

syoknya ada interior designer sendirik.hehehe

me suka la kusi warna merah tu :)

~: UmmiNor:~ said...

sofa merah itewwwwwww menawan kalbu ahaks!

~: UmmiNor:~ said...

sofa merah itewwwwwww menawan kalbu ahaks!

Oyis said...

sungguh contemporary gituh. i loike!

Queen of Pirus said...

cantik cantik....:)pilihan langsir yg menarik.

Nadiah Sidek said...

kat jakel ada gak sewing service. kain pun cantik2. dulu ms kite kawin, beli kain kat situ & tempah jahit sekali. price tak ingt pulak

nuroll azrin kamaroll zaman said...

salam azza oooiii...memaaf bebanyak wei..kalau suggestion ku itu tak begitu memuaskan hatimu ye..huhu..serba salah pulak aku dibuatnya...memaaf bebanyak..but you house looks modern design and it is very nice babe...upon the day you asked tu MACY takde sale lagi...again so sorry yek...but credit to Moro for the excellent interior design...

fizamior said...

nice! cantik!
mmg ngam kaler merah , black and white... very good combination..
terer la afiz nih... :D

mummy_adam said...

wah... sangat cantik :)

isabelle said...

i loike that raging red sofa!
i envy u.

CiKaYu said...

cantik lah...saya suka tgk sliding door tu.

Drama Mama said...

ha cantiknya...dua2 langsir adalah sangat cantik...pandai la u pilih. the black and white goes well with ur sofa..i suka ja red tu :-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Siti Fatimah said...

cantek!!! nice combination look so cool k :)

5577 said...

cantik..! i like.. pandai ur hubby.. :D

my5xurra said...

cantik n nice!!! as usual.. afiz creative. expensive touch. nnt turun KL, nk lepak umah ko.. before ako kawin.. nk knalkn tunang ako.. set ka?