Friday, 24 April 2009

Ada apa dengan cita-cita?

Masa saya bersekolah rendah dulu di Sekolah Tengku Mahmood Iskandar 1, Pontian cita-cita saya adelah nak menjadi seorang peguam. Masa tu saya tak tahu sangat peguam apa makna peguam tu. Yang saya tahu, kalau kepoh & banyak mulut macam saya ni, sesuai nak menjadi seorang peguam, sebab tak takut nak berbahas nanti.

Lepas pindah ke Batu Pahat masuk darjah 5 di Sekolah Rendah Tengku Mariam, cita-cita saya bertukar nak jadi pensyarah pulak. Sebab saya rasa mejadi seorang pensyarah / guru adalah sangat best sebab mereka adalah orang yang berpengetahuan. Serba serbi tahu, pandai & selalu menjadi rujukan pelakar / anak murid.

Masuk sekolah menengah di Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS), cita-cita saya bertukar nak jadi seorang akauntan pulak. Saya suka subjek kira-kira dan akaun. Saya suka bermain dengan nombor. Dan saya dah fix dalam minda, inilah cita-cita yang akan saya teruskan bila besar nanti.

Dapat saje tawaran ke MRSM KT, students terpaksa memilih EITHER subject Biologi atau Akaun. Tak boleh ambil dua-dua. Saya memang nak tempah tempat di aliran Akaun, tapi abah pujuk amek aliran Biologi supaya boleh menjadi seorang doktor. Saya akur walaupun cita-cita saya bukan nak jadi doktor.

Lepas SPM, saya tiada cita-cita. Dengan result Biologi & Kimia A1, abah pujuk amek aliran perubatan. Saya tak minat. Lagi-lagi saya gerun dengan semua yang berkaitan dengan darah, luka, accident, terbelah, kesakitan dan semua sekalilah. Saya boleh pitam.
Abah pujuk lagi. Biasala orang tua, bagi abah kerjaya yang paling bagus dalam hidup adalah 2 saje Bidang perubatan & bidang pendidikan sebab pahala baktinya tidak dapat terbalas dengan apa jua pun. Tapi, betul.. saya memang tak minat.

Saya isi borang UPU dengan kepala kosong. Cita-cita masih lagi nak menjadi akauntan, tapi saya tiada sejarah subjek akaun masa SPM, jadi saya tidak boleh teruskan. Tahun 2000 aliran IT jadi sebut sebutan. Jadi, saya tekad untuk sambung belajar dalam bidang IT.

Sekarang, tahun 2009, saya bukan seorang peguam, bukan seorang pensyarah/guru, bukan seorang doktor dan juga bukan seorang akauntan. Saya engineer cabuk dekat sebuah company. Belum lagi tahap Manager. Tapi, saya redha, walaupun ini bukan cita-cita yang saya harapkan dari kecil. Tapi saya bersyukur, sebab walaupun bukan seperti yang abah harapkan, tapi dengan pendapatan yang saya dapat saya mampu berbakti kepada mak abah, adik adik dan kini anak saya pula.

Cita-cita yang abah harapkan diteruskan oleh 2 orang adik saya. Yang seorang akan menjadi pensyarah di Universiti Tun Hussien Onn dan yang seorang lagi sedang praktikal doktor perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya rasa abah dah berpuas hati.

Bila dah ada anak, tetiba elemen cita-cita tu rasa macam ada balik dalam diri. Saya rasa saya ingin menjadi pendidik. Pendidik kepada anak-anak sendiri. Mendidik anak saya dengan acuan saya sendiri. Lepas baca
entry Iza tentang perbezaan pendidikan di Malaysia & di luar negara, saya lebih pro kepada sistem pendidikan luar negara yang pada saya lebih efisyen untuk kanak-kanak. All work and no play makes Jack a dull boy. Negara kita yang lebih mementingkan sistem peperiksaan daripada perkembangan kanak-kanak sendiri. Macam dah tanam dalam kepala budak-budak, wajib cemerlang dalam UPSR, PMR & SPM untuk dapat kerja yang bagus. Kalau UPSR tak dapat 5As, meraung bagai nak rak.

Cuba korang tengok, ini jadual pendidikan di luar negara untuk budak 7 tahun.
Coolkan. Boleh belajar, boleh main. Boleh belajar bahasa. Yang penting budak tak terperuk dalam kelas mengadapr buku teks jek.

Kalau di Malaysia, korang pun tahukan, dengan Sains, Maths, BM, English dll. Semuanya belajar. Periksa kene dapat nombor satu. Subjek seni pun cikgu kasik kertas lukisan lepas tu tajuk bebas. Takde pun nak ajar apa. (sebab cikgu nya bukan lulusan Art). Then, beg berat macam batu.

p/s Ini adalah pemerhatian saya yang pernah jadi guru sandaran di sekolah menengah, sekolah rendah dan sekarang part time mengajar tuisyen.

Tapi masing-masing ada pendapat sendirikan.

Saya memang bercita-cita untuk mendidik anak saya sendiri. Menjadi WAHM atau SAHM dan homeschooling. Itu cita-cita atau angan-angan sahaja. Kalau keadaan kewangan kami suami isteri tak begitu kukuh untuk membenarkan saya tinggal di rumah, saya terpaksa bekerja juga. Dan akan sedaya upaya mencari masa untuk mengajar anak-anak saya sendiri.

Saya amat mengagumi ibu muda ini. Kalau korang rajin sila jenguk. -
MAMAFIZA

Jadi untuk permulaan saya ingin mendampingi dia dan mendapatkan tips berguna.
Klik iniKlik ini

Saya sudah menempah tempat. Cant wait for the session. :)

7 comments:

Farah said...

hehe aku pon selalu tgk blog mamafiza tu....sgt berguna sbg reference utk homeskool anak2 nnt...eh die ade bg seminar jugak tau utk WAHM yang nak homeskool anak memasing...cuma aku tak berkesempatan lg nak join..

oh pasal cita2 tu..bapak aku tgk aku dpt Bio A1 pon die terus suruh aku amik medic hahahaha mmg tak dapekla kan sbb aku seriau tgk darah byk2...kang pengsan tgh2 tgk patient tak ke naya...

Elyn said...

hiks saya pun abah duk suh amik acct..... so bleh jd accnt. lelame saya amik IT dpt gak dpt pensyarah IT sekejap.... lalala

skang duk opis wat keje yg x de related satu pun ngan blaja....... lg haru kan???

yaNadzuL said...

cita2 masa kecik2 macam2..skrg nih..target sampai pen akauntan ja kot..nak jadi akauntan mcm tak larat ja nak smbung degree..i love acct..

ai said...

skulah integrasi? a bit longgar la dr skulah biase..tp same method..huhu

Hasliza said...

aku pun duk tgk gak mamafiza ni..sangat kagum ngan dia..rasanya mmg aku nak try homeskool ni..ingat nak join seminar dia gak tp yg kat klcc ni tak dapatlaaaa..
wahhh..hebat2 exroomate aku ni rupanya..ko dapat AI for chemistry n bio..aku dapat semua A2 jer..huhu

tunfrida said...

i suka topik kali ni. thanx, azza!

Hanz said...

Enjoy the session. She's a lovely lady-full of enthusiasm, I assure you.. :>